◉ HEADLINES

Terima kasih menjadi bidadari saya, Fizi Ali akui hidup lebih bermakna dengan kehadiran Zulaika

Fizi mengungkapkan kata-kata manis buat Zulaika sempena ulang tahun kelahiran isterinya itu semalam

2:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kebahagiaan jelas terpancar di wajah penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 34, setelah mendirikan perkahwinan buat kali kedua dengan rakan niaganya, Siti Zulaika, 30, pada 23 Oktober lalu.

Buktinya, Fizi mengungkapkan kata-kata manis buat Zulaika sempena ulang tahun kelahiran isterinya itu semalam.

Bahkan, dia juga berterima kasih kepada isterinya itu kerana membuatnya bahagia dan tersenyum semula.

“Happy Birthday (Selamat Hari Lahir) sayang… Terima kasih untuk semuanya. Kebahagiaan yang awak bagi pada saya dan anak-anak.

“Saya ingat satu janji awak, awak akan buat saya tersenyum balik dan ya Alhamdulillah, senyuman itu datang balik bila awak datang dalam hidup saya,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Fizi juga mengakui terlalu banyak yang ingin diperkatakannya kepada suri hatinya itu.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak pandai menulis untuk meluahkan kata-katanya itu.

“Cuma satu, terima kasih menjadi bidadari saya. Selamat ulang tahun, maaf tak raikan apa-apa. InsyaAllah kita akan tempuh semua sama-sama. Saya sayang awak,” katanya.

Memang cairlah kalau siapa yang dapat Fizi Ali sebagai suami. Untung Zulaika. Apapun, kita doakan agar Fizi akan terus kekal bahagia bersama Zulaika hingga ke jannah.

Fizi sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada 2018, namun bercerai pada 2021.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofea. – 26 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

◉ Related