Lima pelumba negara sedia gegar FIM MiniGP Siri Dunia Akhir

Farish Hafiy, Emil Idzhar Ezuan dan Adi Putra akan berentap bagi kategori 190cc, manakala Qabil Irfan Azlan serta Ariel Marzuki bersaing dalam kelas 160cc di Valencia, minggu hadapan

8:10 PM MYT

 

SEPANG – Malaysia akan kembali ke pentas motorsikal berprestij, FIM MiniGP Siri Dunia Akhir di Valencia, Sepanyol minggu hadapan dengan mempertaruhkan lima pelumba terbaik Siri FIM MiniGP Malaysia.

Farish Hafiy, Emil Idzhar Ezuan dan Adi Putra akan berentap bagi kategori 190cc, manakala Qabil Irfan Azlan serta Ariel Marzuki pula bersaing dalam kelas 160cc di Litar Ricardo Tormo.

Perlumbaan anjuran Dorna, promoter kejuaraan MotoGP itu bakal menentukan siapa akan bergelar juara FIM MiniGP dunia 2023 bagi kedua-dua kelas 190cc dan 160cc.

Kejuaraan akan dimulakan dengan sesi latihan bebas pada 21 November, diikuti aksi kelayakan keesokan hari dan perlumbaan sebenar pada 23 November. Semua pelumba beraksi menggunakan jentera Ohvale.

Bersaing dalam kelas 190cc yang diperkenalkan buat kali pertama musim ini, Farish, Emil dan Adi Putra bakal membuat penampilan kedua pada Siri Dunia. Mereka sebelum ini bersaing bagi kategori 160cc.

Qabil Irfan, 11, yang menjadi sandaran utama negara dalam kelas 160cc tahun ini turut kembali buat kali kedua selepas mempamer prestasi memberangsangkan tahun lalu dengan menempatkan diri di tempat keempat keseluruhan.

Bagi Ariel, ini penampilan pertamanya selepas meraih tiket dalam kejuaraan Siri MiniGP yang disertai pelumba dari Alpe Adria, Australia, Austria, Kanada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Malaysia, Portugal, Qatar, Sepanyol, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Qabil Irfan Azlan serta Ariel Marzuki bersaing dalam kelas 160cc di Litar Ricardo Tormo – Gambar Facebook, 16 November, 2023

Mengulas penyertaan negara pada FIM MiniGP Siri Dunia Akhir tahun ini, pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, kelima-lima pelumba bakal bersaing dengan berbekalkan persiapan rapi dan pengalaman lebih mendalam bagi memastikan keputusan yang membanggakan tahun ini.

“Kelima-lima pelumba bakal bersaing di Valencia dengan berbekalkan persiapan rapi dan pengalaman lebih mendalam bagi memastikan keputusan membanggakan tahun ini.

“Farish Hafiy dan Farres Putra menimba pengalaman bersaing dalam siri kejuaraan Idemitsu Asia Talent Cup.

“Walaupun bersaing dengan jentera berbeza, pengalaman berlumba di pentas tertnggi Asia dalam 12 perlumbaan dan enam pusingan di litar-litar berkelas dunia tentunya memberikan mereka keyakinan tinggi untuk bersaing di Valencia.

“Qabil Irfan akan berbekalkan semangat dan keyakinan tinggi kerana kembali bersaing buat kali kedua, manakala Ariel mempamer skil serta kebolehan mantap sepanjang FIM MiniGP Malaysia musim ini dan akan mengambil inspirasi daripada kejayaan Qabil Irfan tahun lalu.

“Saya yakin mereka akan mempamerkan prestasi yang memberangsangkan dan keputusan yang membanggakan,” kata Zulfahmi dalam satu kenyataan hari ini. – 16 November, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Severe turbulence: Singapore Airlines flight makes emergency landing in Bangkok, one dead, 30 injured

The Boeing 777 flying in from London was forced to land at Suvarnabhumi Airport, Bangkok, 3.45pm local time

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related