HEADLINES

Piala Asia 2023: Dua gol waktu kecederaan bantu Jordan singkir bekas juara, Iraq

Jordan yang akan membuat penampilan ketiga di suku akhir, bakal membuat perhitungan menentang Tajikistan di Stadium Ahmad Bin Ali, Jumaat ini

11:09 PM MYT

 

DOHA – Dua gol waktu kecederaan pada babak kedua memastikan Jordan bangkit daripada ketinggalan untuk melangkah ke suku akhir Piala Asia 2023 selepas menewaskan juara 2007, Iraq 3-2 di pusingan 16 terbaik, yang berlangsung sengit di sini, hari ini.

Pada aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa itu, Jordan mendahului 1-0 menerusi Yazan Al-Naimat di masa kecederaan separuh masa pertama, namun Iraq bertindak agresif memasuki babak kedua apabila bangkit dengan dua jaringan dalam tempoh kurang 10 minit menerusi Saad Natiq (68) dan Aymen Hussein (76) untuk kedudukan 2-1.

Malangnya, layangan kad merah yang diberikan kepada Aymen pada minit ke-77 mengubah nasib Iraq, dan beraksi dengan kelebihan seorang pemain membantu Jordan memburu dua jaringan yang amat diperlukan untuk menang.

Kegembiraan Hussein meraikan gol keenamnya pada kempen kali ini membawa padah, apabila dilayangkan kad merah selepas pengadil Alireza Faghani memberikan kad kuning kedua kepadanya, susulan gaya meraikan gol yang dianggap mengejek pihak lawan.

Situasi Iraq yang terpaksa bertahan dengan 10 pemain digunakan sepenuhnya Jordan, dan ketika permainan memasuki waktu kecederaan, bekas pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab meledak gol penyamaan pada minit ke-95 sebelum Hamza Al-Dardour mengesahkan kemenangan Jordan dua minit kemudian.

Hamza dibuang padang ketika permainan hanya menunggu masa untuk ditamatkan, namun layangan kad merah itu tidak merubah keputusan perlawanan dengan Jordan yang menghuni ranking ke-87 dunia mengejutkan pasukan nombor 63 dunia, Iraq 3-2.

Jordan yang akan membuat penampilan ketiga di suku akhir, bakal membuat perhitungan menentang Tajikistan di Stadium Ahmad Bin Ali, Jumaat ini. – 29 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

‘We’re compliant’: ECRL assures public of environmental standards in Selangor project

DoE approval confirms adherence to environmental guidelines amid excavation of Gombak Tunnel

Months after Onew fan meet collapse, organiser admits refunds remain under 50%

Fans demand accountability as MND Sport & Event faces mounting backlash over unfulfilled refund promises

Related