HEADLINES

Persekutuan Renang Malaysia siasat segera dakwaan Pandelela

Sejurus pulang dari Doha, Pandelela Rinong ketika ditemu ramah media mendakwa wujud gangguan yang menjejaskan prestasi penerjun senior dan junior

10:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persekutuan Renang Malaysia (MAS) akan menyiasat segera dakwaan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong bahawa wujudnya gangguan ‘entiti’ hingga menjejaskan peluang penerjun negara melayakkan diri ke Olimpik Paris 2024, di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, minggu lalu.

Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai dan mendapat pengesahan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN) yang dijangka mengambil antara tiga minggu dan sebulan.

“Tiada banyak (mengenai gangguan),  selepas kita selesai siasatan, baru kita tahu apa yang sebenarnya…kemudian akan dimaklumkan pada sidang media,”  katanya selepas mesyuarat pascanilai kegagalan skuad terjun negara di Doha selama hampir empat jam di sini, hari ini.

Kejohanan Dunia itu yang merupakan sesi kelayakan terakhir untuk Olimpik Paris 2024 menyaksikan tiada penerjun negara mengesahkan tiket ke Paris 2024.

Ia sekali gus menjadikan Betrand Rhodict Lises yang layak bagi acara 10m platform lelaki di Kejohanan Dunia Fukuoka tahun lepas wakil tunggal negara di kolam terjun Paris 2024.

Malah, sejurus pulang dari Doha Isnin lepas, Pandelela ketika ditemu ramah media mendakwa wujud gangguan yang menjejaskan prestasi penerjun senior dan junior.

Sementara itu, Andy berkata pihaknya akan memperketatkan pemilihan atlet ke kejohanan antarabangsa, dengan atlet perlu mencapai mata kelayakan yang ditetapkan.

“Kita hormati keputusan atlet untuk terus bertanding, namun perlu ada kemajuan dan capai mata kelayakan, QMS (quality management systems) dalam kejohanan-kejohanan akan datang. Sebelum ini jurulatih yang buat pemilihan.

“Kita akan beri latihan keras kepada semua penerjun untuk capai tahap untuk layak,”  katanya sambil menegaskan pendirian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk tidak menghantar atlet senior ke Sukan SEA. 

Beliau turut mengakui prestasi Pandelela dan Nur Dhabitah Sabri masih setara dan tidak begitu mengagumkan sejak Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil MSN dan Institut Sukan Negara (ISN). – 15 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

Related