Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT

Xisco Munoz adalah pemenang LaLiga dan bekas pengurus Watford, umum JDT di platform media sosialnya malam tadi

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pelantikan warga Sepanyol Xisco Munoz sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu. - Gambar tangkap layar, 7 Jun, 2025

JOHOR BAHRU – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pelantikan warga Sepanyol Xisco Munoz sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu.

Pengumuman pelantikan itu menerusi satu kenyataan rasmi oleh JDT di platform media sosial kelab itu malam tadi.

Video yang memaparkan Munoz berada di Stadium Sultan Ibrahim turut dimuat naik bersama kenyataan itu.

“Pemenang LaLiga dan bekas pengurus Watford Xisco Munoz menyertai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sebagai ketua jurulatih,” menurut kenyataan berkenaan.

JDT sebelum ini dibimbing oleh Hector Bidoglio sebagai ketua jurulatih sejak 2022. – 7 Jun, 2025