HEADLINES

Ketampanan Abdul Latif jadi ‘kegilaan’

Datuk Abdul Latif Romly diberi pengiktirafan menjadi individu ke-59 daripada 110 individu bagi membawa obor temasya Sukan Para Asia 2022

3:53 PM MYT

 

HANGZHOU – Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.

Pemenang dua pingat emas Sukan Paralimpik berusia 26 tahun itu disambut dengan sorakan gemuruh sebelum ‘diserbu’ peminat dalam kalangan wanita yang ingin merakamkan gambar bersama, semasa wakil Malaysia itu menyempurnakan larian obor melalui Jalan Pinglan di daerah Zheijiang itu.

Terdahulu, beliau diberi pengiktirafan menjadi individu ke-59 daripada 110 individu bagi membawa obor susulan pencapaian meraih pingat emas Sukan Paralimpik 2016 Rio de Janeiro, Brazil dan Tokyo 2020.

Abdul Latif yang tidak mahu menghampakan peminatnya itu meluangkan masa melayani mereka yang hadir menyaksikan acara larian obor, selain tidak henti-henti menerima pujian kerana ketampanan atlet kelahiran Perlis itu.

“Ini kali pertama saya diberikan peluang untuk bawa obor, jadi saya sangat gembira. Orang-orang di sini juga sporting,” katanya kepada Bernama.

Ia merupakan penampilan ketiga Abdul Latif di pentas Sukan Para Asia selepas 2014 di Incheon, Korea Selatan dan 2018 Jakarta-Palembang, Indonesia dengan beliau berjaya membawa pulang pingat emas bagi acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual). – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related