◉ HEADLINES

Nahas Elmina: Jenazah penunggang p-hailing, mangsa pertama dituntut keluarga

Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah untuk dikebumikan, sebaik selesai solat jenazah di Masjid Al Rahimiah, Klang pagi ini.

10:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jenazah pertama mangsa nahas pesawat ringan di Lebuhraya Gutrie berhampiran kawasan perumahan Bandar Elmina, Shah Alam, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, sudah dituntut keluarganya di Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) pada jam 9.30 pagi ini.

Selepas proses tuntutan, jenazah penunggang p-hailing itu dilaporkan dibawa ke Masjid Al Rahimiah, Klang untuk disolatkan, sebelum ke kampung halamannya di Sungai Petani Kedah bagi dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda, Kampung Jerong.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, jenazah Muhamad Hafiz diserahkan kepada waris, iaitu bapa allahyarham dan akan diuruskan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Polis juga mengaturkan perjalanan van jenazah ke Masjid Al Rahimiah untuk allahyarham disolatkan sebelum ke Sungai Petani, Kedah seperti permintaan keluarga.

“Seluruh petugas, PDRM dan petugas kesihatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya pada sidang media di HTAR pagi ini.

Muhamad Hafiz adalah seorang daripada 10 mangsa yang disahkan terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), dengan nombor pendaftaran N28JV.

Pesawat itu terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran kawasan perumahan Seksyen U16 di Bandar Elmina, Shah Alam pada kira-kira jam 2.40 petang kelmarin.

Sembilan mangsa lain adalah seorang pemandu kereta dan lapan penumpang serta kru pesawat, termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun. – 19 Ogos 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related