HEADLINES

Nahas Elmina: Jenazah Johari Harun selamat dikebumikan

Lebih 250 orang, termasuk ahli keluarga, sahabat dan orang awam hadir di tanah perkuburan berkenaan sebagai tanda penghormatan terakhir terhadap allahyarham.

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Selangor pada jam 12 tengah hari ini.

Antara pemimpin yang hadir pada majlis pengebumian itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Jenazah Datuk Seri Johari Harun selesai disolatkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang. – Gambar Scoop, 20 Ogos, 2023

Terdahulu, jenazah Johari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang itu, dimandi dan disembahyangkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah di Klang.

Sebelum itu, jenazah Johari dibawa menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan tiba di masjid berkenaan pada kira-kira jam 9.45 pagi.

Solat jenazah dilapor diimamkan Imam Besar Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya.

Antara dilihat hadir ke masjid adalah Wan Rosdy; Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Johari adalah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran perumahan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, pada jam 2.40 petang itu.

Sembilan mangsa lain adalah Shahrul Kamal Roslan; Heikal Aras Abdul Azim; Kharil Azwan Jamaludin; Shaharul Amir Omar; Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi; Muhammad Taufiq Mohd Zaki; Idris Abdol Talib; Sharipuddin Shaari dan Muhamad Hafiz Muhamad Salleh.

Muhamad Hafiz yang juga penunggang p-hailing adalah jenazah pertama mangsa nahas itu yang dituntut keluarga selepas proses bedah siasat selesai semalam, sebelum diurus dan dikebumikan di kampung halamannya, iaitu Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Kampung Jerung, Sungai Petani, Kedah pada hari sama.

Lapan daripada individu yang maut terdiri daripada penumpang dan kru pesawat, manakala dua mangsa adalah pemandu kereta serta penunggang motosikal.

Pesawat berkenaan yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.50 petang, namun terhempas hanya beberapa minit sebelum mendarat. – 20 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related