HEADLINES

Ditawar habuan sokong Anwar: Jawatankuasa khas Parlimen dapati Wan Saiful tidak mengelirukan dewan

Perkara berkenaan diputuskan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, yang bersidang pada 6 dan 10 September lalu

9:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ucapan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung tawaran-tawaran yang diberikan kepadanya supaya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak mengelirukan Dewan Rakyat.

Perkara berkenaan diputuskan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, yang bersidang pada 6 dan 10 September lalu.

“Jawatankuasa ini mendapati terdapat tiga elemen untuk membuktikan prima facie di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) yang tidak dipenuhi.

“Oleh itu jawatankuasa ini bersetuju kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor bukan suatu kenyataan yang mengelirukan Dewan,’’ demikian kenyataan dalam penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat ke-15 yang dikeluarkan menerusi laman web Parlimen.

Berdasarkan penyata itu juga, jawatankuasa itu mendapati ucapan Wan Saiful pada 28 Februari dan 21 Mac di Dewan Rakyat telah disokong dengan bukti-bukti dan turut mengesyorkan supaya laporan rasmi dibuat dengan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Usul tersebut telah dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pada 24 Jun lalu.

Dalam keterangan yang diberikan oleh Wan Saiful kepada jawatankuasa berkenaan, beliau memberitahu beberapa individu telah memberikan tawaran supaya menyokong Perdana Menteri dengan antara tawaran yang dijanjikan ialah menggugurkan tuduhan di mahkamah, menanggung kos perubatan isteri, kos guaman, memberi peruntukan Parlimen dan peruntukan projek rakyat.

“Individu itu turut melibatkan kacau ganggu yang berbaur ancaman kepada Wan Saiful.

“Terdapat keterangan bukti rakaman audio, tangkap layar mesej-mesej Whatsapp dan gambar yang mengesahkan kenyataan beliau,’’ kata jawatankuasa berkenaan.

Menurut jawatankuasa berkenaan, Wan Saiful tidak membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya.

Jawatankuasa itu juga bersetuju supaya penyata rasmi tidak dikeluarkan bagi mengelakkan kenyataan yang terkandung boleh merosakkan kepentingan pihak yang berbicara dan siasatan pihak berkuasa.

Ahli Parlimen lain yang terlibat dalam jawatankuasa berkenaan ialah Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy; Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan; Ahli Parlimen Lawas, Datul Henry Sum Agong; Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seang; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.

Dalam pada itu, Wan Saiful dalam kenyataannya kepada Scoop berkata, beliau telah memberikan keterangan selama hampir dua jam 30 minit kepada jawatankuasa berkenaan pada 6 September lalu.

Beliau membentangkan kronologi mengenai apa yang berlaku dan turut memainkan rakaman audio, gambar serta tangkap layar mesej whatsapp dan turut berkongsi identiti individu-individu yang menemuinya.

“Bukti-bukti itu semuanya menunjukkan bahawa memang ada pihak bertemu saya dan memang ada tawaran dibuat dan hasilnya jawatankuasa mendapati saya tidak mengelirukan Dewan.

“Saya bercakap benar. Saya tidak akan sama sekali khianat perjuangan walau ditekan dan diancam dengan pelbagai tindakan oleh mereka yang zalim, atau cuba dirasuah dengan pelbagai habuan,’’ katanya.

“Cuma saya terkilan kerana Jawatankuasa tidak mengeluarkan hansard penuh ucapan saya selama hampir 2 jam 30 minit dalam prosiding Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Jika teks ucapan itu dikeluarkan sebagai hansard, maka semua bukti akan jadi rekod rasmi yang boleh dibaca sendiri oleh seluruh rakyat Malaysia,’’ katanya. – 18 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related