HEADLINES

PAS dakwa pertemuan mesra Hadi, Mahathir gerunkan musuh, netizen kata ‘halusinasi kuat sangat ni’

Segelintir netizen mempersoalkan adakah Hadi terlupa saat Dr Mahathir membuat dakwaan memburukkan PAS, termasuk menggelarkannya parti kafir

8:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar serta tulisan di status Facebook PAS Pusat hari ini yang memaparkan pertemuan Presiden parti berkenaan, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tun Dr Mahathir Mohamad, menarik perhatian ramai, termasuk warga maya.

Menerusi hantaran itu, dikongsikan tiga foto menyaksikan Hadi bersalaman dengan Dr Mahathir dan kedua-dua mereka dilihat berbual mesra, duduk berbincang di ruang tamu serta menjamu selesa di kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Turut kelihatan, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman dan bekas Ketua Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Turut kelihatan, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman (kanan) dan bekas Ketua Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (kiri). – Gambar Facebook, 20 Ogos, 2023

Rata-rata netizen menganggap kapsyen ‘pertemuan yang menggerunkan musuh’ dimuat naik admin akaun PAS Pusat itu, bukan sahaja lucu dan syok sendiri, malah seolah-olah ‘cakap tidak serupa bikin’.

Kata mereka, tiada apa perlu digerunkan kerana Dr Mahathir dianggap sudah tidak mempunyai aura dalam persada politik, sehingga tewas dan hilang wang pertaruhan ketika berentap di kerusi Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), walaupun ia adalah kubu kuat beliau.

“Halusinasi kuat sangat ini,” kata seorang pengguna.

“Wow gerunnya,” tulis Haizom.

“Tak gerun pun sebab semua ini hanya manusia, ada salah dan silap,” komen Didie.

“Menggerunkan musuh yang kalahkan dia di Langkawi ke?” soal Shafiq.

“Apa yang nak digerunkan? Padahal orang awam semua tahu tujuan masing-masing,” ulas Tan.

Manakala, segelintir netizen mempersoalkan adakah Hadi sudah terlupa saat Dr Mahathir membuat dakwaan memburukkan PAS.

Ia termasuk bekas Pengerusi Pejuang itu pada satu sidang media pada 16 September 2022, dilaporkan menggelarkan PAS sudah bertukar menjadi parti kafir.

Gelaran itu susulan tindakan PAS bekerjasama dengan Umno dan parti bukan Islam, demi memperoleh kedudukan dalam politik.

“Bersalam dengan orang yang mengkafirkan depa (PAS),” ujar seorang pengguna, Kim.

“Gerun dengan Allah je lah. Nak kuasa je semua ini. Sanggup jilat balik ludah. Semoga Allah lindungi orang-orang yang bertaqwa kepadaNya,” kata Liaana.

“Demi kuasa apa pun boleh,” kata Ahmad.

Sementara itu, Hadi turut memuat naik gambar sama, tetapi meletakkan keterangan berbeza, iaitu ‘kunjungan di kediaman Dr Mahathir Mohamad, bertanya khabar, berbincang dan bertukar pandangan’ – 20 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related