HEADLINES

Tular gambar Dr Mahathir Islamkan 52 saudara baharu pada 1978

Ramai yang mempertahankan serta berpihak kepada Anwar dan menyatakan walaupun beliau seorang Perdana Menteri tetapi tanggungjawab seorang Islam tidak boleh diketepikan

8:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — Tular gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengislamkan seramai 52 saudara baru di kediaman beliau di sini pada 20 Julai 1978.

Dalam gambar berkenaan kelihatan saudara baru tersebut sedang diajar mengucap shahadah oleh Dr Mahathir. Ketika itu Dr Mahathir memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ia turut dimuatnaik dalam Facebook Dr Mahathir Mohamad pada 25 Ogos, 2017.

“Pengislaman 52 saudara baru di kediaman Timbalan Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1978,” demikian tulis kapsyen dalam hantaran tersebut.

Gambar yang dimuatnaik dalam Facebook Dr Mahathir Mohamad pada 25 Ogos, 2017 mengenai pengislaman 52 saudara baru di kediamannya. – Tangkap layar dari Facebook, 23 Ogos, 2023

Gambar berkenaan menjadi tular selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang lelaki hingga mencetuskan perdebatan di media sosial.

Rata-rata warganet sebelum ini mempersoalkan sama ada tugas pengislaman itu merupakan tugas seorang Perdana Menteri selepas Anwar mengajar seorang lelaki mengucap dua kalimah shahadah di Masjid Ar-Rahimiah, Klang.

Bagaimanapun ramai yang mempertahankan serta berpihak kepada Anwar dan menyatakan walaupun beliau seorang Perdana Menteri tetapi tanggungjawab seorang Islam tidak boleh diketepikan.

Isu ini turut mendapat perhatian Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang berkata, sesiapa pun yang beragama Islam boleh mengislamkan saudara baharu, malah tindakan Anwar itu tidak perlu dipertikai mahupun dipolemikkan.

Begitu juga dengan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan tindakan Anwar selepas merujuk mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Khairy berkata, menjadi seorang Perdana Menteri tidak membuatkan Anwar berhenti menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang beragama Islam. – 23 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Related