◉ HEADLINES

Penjawat awam wajib berbaju batik Malaysia: Netizen puji usaha kerajaan, ‘nampak stail pula’

Bermula hari ini, kakitangan awam diwajibkan memakai pakaian batik pada setiap Khamis, manakala pemakaiannya ketika hari bekerja lain adalah digalakkan

10:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Media sosial pagi ini ‘meriah’ dengan perkongsian dan komen netizen mengenai peraturan ditetapkan kerajaan yang mewajibkan semua penjawat awam memakai pakaian batik Malaysia pada setiap Khamis, bermula minggu ini.

Rata-rata mereka teruja mengenakan pakaian tradisional itu yang dianggap mempunyai nilai seni tersendiri, cantik dan melambangkan identiti sebagai rakyat Malaysia.

Malah, ada segelintir bersetuju dengan keputusan dibuat Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kerana ia mampu menggalakkan kecintaan terhadap seni kraftangan negara yang diwarisi turun-temurun.

Semua penjawat awam wajib memakai pakaian batik Malaysia pada setiap Khamis, bermula minggu ini – Tangkapan layar Twitter, 24 Ogos, 2023

“Aku memang suka batik, jadi aku setuju sangat bila kakitangan kerajaan diwajibkan pakai baju batik, nampak kemas dan cantik,” kata seorang pengguna.

“Pakai baju batik hari-hari pun best (seronok) apa. Tapi yang jenis cotton (kapas) la,” ciap @averageAfiq.

Rata-rata mereka teruja mengenakan pakaian tradisional itu – Tangkapan layar Twitter, 24 Ogos, 2023

“So (jadi) kena pergi buat baju batiklah kan, finally (akhirnya) batik-batik dalam almari akan diguna pakai,” ujar @_padme.

“Mungkin dah sampai phase (peringkat) baju batik untuk event (acara) formal. Nampak style (stail) pula tengok orang pakai,” kata seorang pengguna.

Ramai netizen menyambut baik peraturan ditetapkan kerajaan ini – Tangkapan layar Twitter, 24 Ogos, 2023

Manakala, ada netizen memberikan komen jenaka mengenai pemakaian batik pada setiap Khamis.

“Pemakaian batik setiap Khamis tu kalau pakai kain batik dengan baju kosong je kira termasuk tak? komen @idanurasella.

“Sejak-sejak Khamis dah diwajibkan pakai baju batik ni, baru lah nampak ramai juga penjawat awam ni eh,” ciap seorang pengguna Twitter.

Antara komen jenaka mengenai pemakaian batik pada setiap Khamis – Tangkapan layar Twitter, 24 Ogos, 2023

“Sesungguhnya aku pakai baju batik form (tingkatan) 6,” tulis @salwahairudin.

“Takutnya nak pakai baju opah dan kain batik esok,” kata @stzlkh4_

Terdahulu, menerusi surat edaran bertarikh 21 Ogos 2023 ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed yang dimuatnaik di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ia menetapkan semua pegawai perkhidmatan awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap Khamis.

Menerusi surat edaran bertajuk Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan itu, turut dimaklumkan pemakaian batik pada hari bekerja lain adalah digalakkan.

Surat edaran bertarikh 21 Ogos 2023 ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed yang dimuatnaik di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – Gambar Facebook, 24 Ogos, 2023

Ketetapan pemakaian batik itu dikecualikan bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu.

“Pemakaian batik Malaysia oleh pegawai perkhidmatan awam dilaksanakan sejak 1985, justeru bagi meneruskan sokongan kepada industri batik Malaysia dan memastikan ia kekal sebagai warisan dan lambang identiti rakyat, kerajaan bersetuju semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja lain,” menurut surat edaran itu. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related