HEADLINES

Silibus terlalu tinggi? Nak komen, sertailah tinjauan KPM

Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 itu dilaksanakan bermula kelmarin sehingga 15 September depan

10:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Adakah anda tidak berpuas hati dengan silibus pembelajaran anak yang terlalu tinggi hari ini?

Kini, anda berpeluang mengemukakan pandangan dalam usaha Kementerian Pendidikan (KPM) membangunkan kurikulum persekolahan yang baharu menerusi pautan https://bit.ly/KurikulumKita2027.

Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 itu dilaksanakan bermula kelmarin sehingga 15 September depan.

Ia susulan rungutan pelbagai pihak mengenai subtopik dalam kurikulum sekolah yang didakwa tidak wajar, memandangkan silibus yang diperkenalkan ketika ini dilihat agak tinggi dan tidak bersesuaian dengan tahap murid.

Tinjauan diadakan susulan rungutan pelbagai pihak mengenai subtopik dalam kurikulum sekolah yang didakwa tidak wajar – Tangkapan layar Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027, 26 Ogos, 2023

Tinjauan itu terbahagi kepada enam bahagian dengan Bahagian A memerlukan responden mengisi profil mereka iaitu jantina, umur, tahap pendidikan tertinggi dan status pekerjaan.

Manakala Bahagian B pula bertanyakan pandangan responden mengenai kurikulum semasa dengan menanda pilihan mengikut skala yang diberikan (sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju, sangat setuju dan tidak berkenaan).

Selain itu, dalam bahagian tersebut turut disediakan ruang bagi komen tambahan.

Antara soalan dikemukakan termasuk sama ada bilangan mata pelajaran, kandungan mata pelajaran dan masa bagi setiap mata pelajaran mencukupi.

Bahagian C pula menuntut responden menandakan pilihan jawapan bagi harapan terhadap kurikulum masa hadapan.

Dalam Bahagian D pula, ia bertanyakan mengenai kandungan kurikukum masa hadapan dengan pilihan skala diberikan.

Antara soalan dikemukakan berkait pembelajaran tentang budaya dan agama yang berbeza, pendidikan inklusif, isu alam sekitar dan kelestarian.

Bahagian C menuntut responden menandakan pilihan jawapan bagi harapan terhadap kurikulum masa hadapan – Tangkapan layar Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027, 26 Ogos, 2023

Dalam pada itu, Bahagian E membabitkan kurikulum masa hadapan dan responden boleh memilih lebih daripada satu pilihan jawapan.

Bahagian F yang juga bahagian terakhir menuntut responden memberi pandangan dan cadangan tambahan terhadap kurikulum masa hadapan di ruangan disediakan.

Terdahulu, KPM memaklumkan sedang membangunkan kurikulum persekolahan yang baharu dengan mengambil kira pandangan pakar, pemegang taruh dan masyarakat umum sebagai langkah ke hadapan kementerian itu.

“Setakat ini seramai 1,600 individu terdiri daripada guru, pensyarah, ibu bapa, badan bukan kerajaan (NGO) dan industri dilibatkan dalam 21 sesi libat urus dan pelaksanaan Konvesyen Kurikulum,” katanya.

Tambah KPM, pihaknya menghargai pandangan dan cadangan pemegang taruh dan masyarakat umum berkaitan kurikulum persekolahan yang sedang dilaksanakan di semua sekolah KPM termasuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

“KPM sentiasa berusaha untuk terus memastikan murid dan guru berada dalam ekosistem yang membangun potensi akademik dan sahsiah,” katanya. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

[WATCH] ‘I’m not chasing money’: Shahmalarani Chandran on life in non-Olympic sport and the cost of elite commitment

National karate athlete Shahmalarani Chandran has opened up about the financial challenges faced by athletes in non-Olympic sports in Malaysia, saying her journey has been driven by passion, discipline and personal growth rather than financial reward, as she continues to balance elite competition with coaching and teaching responsibilities

Related