◉ HEADLINES

Hari Kebangsaan: Pengunjung disaran guna pengangkutan awam, jaga keselamatan

Dalam kegembiraan menyambut Hari Kebangsaan kenalah berjaga-jaga dari segi keselamatannya dengan mengikut semua peraturan dan arahan lalu lintas daripada pihak berkuasa

2:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengunjung yang hadir ke sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini disaran supaya memanfaatkan pengangkutan awam bagi kelancaran perjalanan ke acara itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Datuk Mohamad Fauzi Md Isa turut menasihati orang ramai supaya menjaga keselamatan diri dan anak masing-masing ketika berada di lokasi sambutan yang menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung itu.

“Kita menyeru dalam kegembiraan menyambut Hari Kebangsaan kenalah berjaga-jaga dari segi keselamatannya dengan mengikut semua peraturan dan arahan lalu lintas daripada pihak berkuasa.

“Kita juga ada bas pengantara iaitu bas Nadi Putra yang memberi perkhidmatan di Putrajaya bermula seawal 4 pagi hingga 2 petang dan ada dua pick up point di Putrajaya Sentral dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap 10 minit (kekerapan pergerakan bas),” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM di sini hari ini.

Selain itu, Mohamad Fauzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 berkata pihak perkhidmatan Laluan Transit Aliran Massa (MRT) juga telah diminta untuk menyelaraskan waktu perkhidmatan bagi kemudahan orang ramai ketika berlangsungnya sambutan.

Mohamad Fauzi berkata selain itu, beberapa kemudahan turut disediakan meliputi tempat letak kenderaan, tempat makan, khemah perubatan serta tandas bagi kemudahan pengunjung.

Berhubung sambutan berkenaan, Mohamad Fauzi berkata lebih 16,000 peserta daripada 65 kontinjen pelbagai agensi akan menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsan 2023.

“Beberapa persiapan telah dirancang antaranya acara utama seperti Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang, Amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena dengan Hari Kebangsaan pada Rabu ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Selain itu, kita ada acara sampingan seperti konvoi jelajah Jalur Gemilang dengan membuat penyerahan bendera sehingga Hari Kebangsaan, keceriaan antara kementerian, Majlis memperingati tokoh negarawan Tun Dr Ismail (Abdul Rahman),” katanya. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

◉ Related