◉ HEADLINES

Azharina dedah alami muntah darah bersama segumpal rambut, ‘kejadian itu berlaku di…’

Menurut penyanyi itu, sesiapa yang gemar mengamalkan perbuatan mistik, mereka adalah golongan tidak percaya kepada diri sendiri

12:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga peserta Gegar Vaganza musim ke-10 Edisi All Stars (GV10), Azharina Azhar mendedahkan dia pernah mengalami pengalaman mistik sehari sebelum konsert akhir Gegar Vaganza musim ketiga.

Juara GV3 itu berkata, pada malam selepas berakhirnya sesi raptai penuh, dia mengalami muntah darah.

“Saya tak pernah ceritakan tentang hal ini kepada mana-mana wartawan. Pada malam itu saya muntah darah dan keluar segumpal rambut.

“Kejadian itu berlaku di hadapan pekerja saya dan doktor. Doktor pun tak tahu nak cakap apa. Saya ingatkan Ju-On hanya ada dalam filem, rupanya ada di dunia nyata juga,” katanya ketika ditemui di sidang media GV10.

Tambah Azharina, bagi sesiapa yang gemar mengamalkan perbuatan mistik, mereka adalah golongan tidak percaya kepada diri sendiri.

“Saya percaya dalam dunia ini bukan ada manusia sahaja, ada banyak lagi makhluk. Siapa berbuat sedemikian (amalan mistik) pada saya mereka tidak mempercayai diri dan bakat mereka,” ujarnya.

Sementara itu, berkongsi mengenai penyertaannya untuk GV10, kata Azharina atau lebih mesra disapa sebagai Nina, dia bersetuju untuk kembali mewarnai pentas GV kerana ingin menimba lebih banyak pengalaman.

“Untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur, anda perlu ada ilmu pengetahuan serta platform untuk anda tunjukkan bakat anda. Alhamdulillah saya sekali lagi diberikan platform untuk tonjolkan bakat saya,” ujarnya.

Selain Azharina, GV10 disertai juara GV bagi setiap edisi, seperti Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Naqiu, Hardy Mirza, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor.

Lima lagi peserta program itu akan dipilih netizen menerusi undian. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Popular

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related