HEADLINES

Aishah kembali sertai GV10, ‘saya ada isu dengan penaja bukan Astro’

Hampir enam tahun berlalu sejak kemenangannya di GV4, isu tuntutan hadiah penyanyi itu masih belum selesai sehingga hari ini

5:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Walaupun kes tuntutan hadiah masih belum selesai, penyanyi Datuk Aishah sekali lagi memberanikan dirinya menyertai program Gegar Vaganza musim ke-10 Edisi All Stars (GV10) yang menghimpunkan kesemua juara dari setiap musim.

Aishah berkata, dia tetap mahu meneruskan tindakan melelong harta penaja Gegar Vaganza musim keempat (GV4) iaitu Datuk Seri Mohd Amir Mohd Isa walaupun dia kembali bertanding di pentas GV10.

“Kontroversi yang terjadi bukanlah di antara saya dengan Astro tetapi dengan pihak penaja. Bila sudah selesai dengan penaja, okaylah. Cuma ada satu kes yang belum lagi selesai,” katanya pada sidang media program GV10 di sini, semalam.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru kes membabitkan tuntutan lot tanah banglo yang ditaja Amir, Aishah berkata, pihaknya ada menerima cadangan pembayaran secara ansuran tetapi ia tidak konsisten.

“Mereka ada memberikan cadangan pembayaran secara ansuran. Tetapi dia bayar satu bulan, selepas itu dia senyap. Dah dua kali perkara ini berlaku. Jadi apa jaminan untuk pembayaran seterusnya melainkan dia ada penjamin.

“Saya dikecam orang ramai kerana mereka katakan dia sedang sakit. Tetapi apa yang orang tak tahu adalah, yang kami kejar sekarang adalah isteri dan anaknya. Kami baru dapat tahu status Amir sewaktu perbicaraan bahawa dia telah muflis.

“Bila dia muflis, sepatutnya dia beritahu kepada peguamnya. Kami bazirkan masa selama tiga hari untuk perbicaraan. Hari ketiga baru kami dapat tahu dia muflis. Tetapi kami teruskan dengan dua lagi individu terbabit,” katanya.

Beberapa minggu lalu, Aishah bersama peguamnya hadir ke kediaman Amir bagi tujuan penyitaan selepas bertahun-tahun menunggu janji.

Namun ketika mereka tiba, tiada siapa berada di rumah tersebut. Aishah turut memuat naik video di akaun Instagram sewaktu hadir ke rumah berkenaan.

Hadiah sebidang lot tanah banglo bernilai RM300,000 antara hadiah dijanjikan pihak penaja kepada Aishah selaku juara GV4 pada 2017.

Bagaimanapun sehingga kini kesemua pemenang tidak menerima hadiah tanah yang dijanjikan.

Isu mula timbul apabila pihak penaja tidak memenuhi apa yang dijanjikan, sebaliknya mahu menggantikan sebidang tanah yang saiznya lebih kecil berbanding lot asal.

Bagaimanapun kes tuntutan tersebut selesai di mahkamah pada September tahun lalu apabila penaja setuju dengan cadangan penyelesaian iaitu membayar jumlah asal harga tanah yang dijanjikan iaitu RM300,000. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Popular

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related