◉ HEADLINES

Ia bukan konsert maksiat tetapi kerana menghormati golongan muda, penganjur: PM

8:34 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa beliau menyokong perbuatan maksiat selepas hadir di dalam satu konsert baru-baru ini.

Menurutnya, ia bukan konsert maksiat dan tiada arak yang dihidangkan.

“Inilah yang jadi di TikTok sekarang. Saya cuma nak kata, okey, awak makilah saya banyak mana pun, besok kalau ada muzik macam tu melompat, saya pun akan melompat sikit. I don’t care. Understand…Melainkan kalau majlis ada minum arak, pukul orang, lompat cium-cium, saya tak buatlah.

“Meraikan budaya, saya kata kadang-kala bukanlah sesuai sangat, tapi kita ini cepat sangat (apabila) sebagai Perdana Menteri madani tak boleh pergi ke konsert maksiat’. Saya tak tahu kat mana maksiat dia,” katanya menerusi Program Temu Anwar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini.

Sebelum ini, nama Anwar terpalit apabila kehadiran sekumpulan pelajar tahfiz di sebuah konsert di Stadium Malawati, Shah Alam, mengundang kritikan pembangkang.

Bagaimanapun konsert tersebut bukan anjuran kerajaan dan kehadiran pelajar tahfiz tersebut adalah atas jemputan seorang ahli perniagaan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, isu itu menunjukkan secara jelas bahawa ia adalah fitnah yang cuba diwujudkan bagi menghidupkan persepsi negatif terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Saya pergi konsert, saya tengok program itu (ada) Amy Search, Misha Omar, Siti Nurhaliza. Lepas itu ada band budak-budak muda. Kita pergi kerana dia buat amal kebajikan.

“Habis penyanyi utama, tinggal band anak-anak muda. Penganjur beritahu saya ‘Datuk Seri kalau nak balik sekarang boleh’.

“Saya terfikir, saya ini orang tua, anak-anak muda hormat Perdana Menteri datang. Tapi bila nak main (buat persembahan) Perdana Menteri balik. Saya fikir kalau balik, apa pula anak-anak ini fikir,” katanya.

Anwar berkata, selepas berbincang dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mereka bersetuju untuk menunggu sehingga kumpulan anak muda itu tamat membuat persembahan.

“Majlis itu tidak menghidangkan arak dan acara maksiat seperti berpeluk dan bercium. Fitnah itu menjadi budaya dan dibetulkan atas agama.

“Saya beritahu (Datuk Seri) Khaled Nordin, nak buat program kebudayaan, buatlah tetapi apa yang penting tidak boleh ada pergaulan bebas dan juga tiada aktiviti minum arak,” katanya. – 3 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

◉ Related