HEADLINES

Pembaziran dana awam, bazirkan kerja keras semua anggota Jabatan Peguam Negara: Ambiga

Datuk Ambiga Sreenevasan berharap tiada ahli politik Kerajaan Perpaduan berani untuk mewajarkan perkara ini atau sekali lagi mengatakan mereka antirasuah

9:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Rakyat perlu diberi penjelasan berhubung tindakan melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi 47 pertuduhan kes rasuah membabitkan Yayasan Akalbudi.

Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan, berkata berlaku pembaziran dana awam dalam membuktikan kes prima facie bagi kes berkenaan.

“Pembaziran dana awam dalam membuktikan kes prima facie dan pembaziran semua kerja keras oleh anggota Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Kenyataan itu dipercayai merujuk keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan tanpa dibebaskan Zahid, 70, oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Zahid, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini.

Ambiga yang juga bekas pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berharap pemimpin politik Kerajaan Perpaduan tidak berani mewajarkan tindakan ke atas kes berkenaan dan menyatakan mereka terus memperjuangkan antirasuah.

“Saya harap tiada ahli politik Kerajaan Perpaduan berani untuk mewajarkan perkara ini atau sekali lagi mengatakan mereka antirasuah,” katanya.

Sementara itu seorang lagi peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi ketika dihubungi Scoop berkata, keputusan dibuat hakim kerana berpandukan perlembagaan iaitu kuasa mutlak dimiliki Peguam Negara mengikut Perkara 145.

“Itu kuasa penuh Peguam Negara, Perkara 145 jelas menyatakan Peguam Negara boleh berhentikan pertuduhan, teruskan pertuduhan, buat pertuduhan dan tarik balik.

“Jadi sekarang tidak boleh salahkan hakim, dia hanya ikut Perlembagaan. Tapi sebenarnya selama ini kita dah buang masa, itu sahaja,” katanya.

Datuk Shamsuddin Nawawi berkata keputusan itu menimbulkan pelbagai naratif dan persepsi politik yang sekiranya tidak ditangani boleh menyebabkan kurangnya kepercayaan orang ramai kepada sistem perundangan – Gambar Fail, 4 September, 2023

Beliau berkata, keputusan itu juga menimbulkan pelbagai naratif dan persepsi politik yang sekiranya tidak ditangani boleh menyebabkan kurangnya kepercayaan orang ramai kepada sistem perundangan.

“Sekarang ini orang bermain persepsi politik, tapi saya nampak persepsi yang akan timbul lagi adalah sama ada kerajaan ini betul-betul hendak memerangi jenayah rasuah atau tidak.

“Kalau betul-betul hendak memerangi jenayah rasuah, siapa pun juga dituduh, teruskan kes, kalau menang, menanglah dan begitu juga sebaliknya kalau kalah.

“Tapi janganlah dimatikan perbicaraan kes separuh jalan. Sekarang ini kefahaman orang ramai seolah-olahnya kes Zahid dimatikan separuh jalan, tak dibenarkan bicara sampai habis.

“Jadi terima sahajalah, sebab peruntukan dan kuasa ada pada Peguam Negara dan berlakunya pula perkara ini ketika Peguam Negara yang lama tidak lagi bertugas dan bercuti manakala Peguam Negara baharu belum lagi mengangkat sumpah,” katanya.

Beliau yang juga penganalisis politik berkata, sama ada keputusan mahkamah hari ini akan memberi kesan, perkara itu boleh dilihat nanti dalam keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram dan seterusnya Pelangai di Pahang.

“Kepada mereka yang faham dengan keputusan dibuat mahkamah ini tiada masalah, cuma takut yang faham buat-buat tidak faham dan sengaja manipulasi dan menimbulkan persepsi.

“Peguam Zahid sebut juga pasal memo yang bocor, kes Datuk Seri Najib Razak pun memo bocor, kalau atas dasar itu (memo bocor) kes Datuk Najib pun perlu ditarik balik,” katanya. – 4 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related