◉ HEADLINES

Malaysia, Kanada perkukuh kerjasama bidang baharu menerusi Strategi Indo-Pasifik Kanada: Anwar

Malaysia dan Kanada menyaksikan peningkatan dalam hubungan kerjasama dua hala sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957

10:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Kanada akan terus memperkukuh kerjasama dua hala termasuk dalam bidang baharu iaitu ekonomi hijau, sains dan teknologi serta kecerdasan buatan menerusi Strategi Indo-Pasifik Kanada.

Persetujuan itu dicapai pada pertemuan dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari Kanada Justin Trudeau ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di Jakarta, Indonesia hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook malam ini, Anwar berkata kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan dan hubungan sesama insan juga akan terus diperkukuhkan antara kedua-dua negara menerusi strategi itu.

“Kesepakatan turut dicapai dalam mempertingkat hubungan dan kerjasama dua hala di antara Malaysia dan Kanada ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Anwar turut memuat naik beberapa keping gambar pertemuan pertama kali antara kedua-dua pemimpin itu.

Malaysia dan Kanada menyaksikan peningkatan dalam hubungan kerjasama dua hala sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957, dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM10.58 bilion pada 2021 selain nilai pelaburan Kanada dalam sektor pembuatan Malaysia dalam tempoh 40 tahun kebelakangan pula adalah RM789 juta.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN dari 5 hingga 7 Sept dan ia merupakan sidang kemuncak pertama beliau bersama tujuh Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada. – 6 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Indonesian driving licences to be recognised in Southeast Asia from June 2025

Identity cards to also serve as driving licences, police official says

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

◉ Related