◉ HEADLINES

Berat badan pernah cecah 95kg, Hariz Hamdan dedah hanya makan sekali sehari

Kini beratnya berkurangan sebanyak 24kg dalam masa empat bulan

7:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon yang semakin meningkat naik, Hariz Hamdan hanya makan sekali sehari demi mendapatkan bentuk tubuh idaman.

Menurut Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 21, berat badannya pernah mencecah 95 kilogram (kg) sebelum ini dan kini telah pun berkurangan sebanyak 24kg dalam masa empat bulan

“Saya hanya makan sekali sahaja iaitu pada tengah hari. Saya akan makan nasi bersama ayam dan telur. Kalau saya lapar sangat pada waktu, saya hanya akan makan tembikai sahaja,” katanya kepada Scoop.

Hariz pada majlis pelancaran koleksi terbaru musim luruh/sejuk 2023 jenama Aigner di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini. – Gambar Scoop/Helmi Anuar, 9 September, 2023

Tambah bekas peserta Hero Remaja 2020 ini lagi, dia mula menurunkan berat badannya sejak terlibat dengan drama Andai Itu Takdirnya.

“Sebelum mula penggambaran drama itu, berat saya 95kg. Pengurus beritahu saya perlu kuruskan badan untuk watak sebagai orang kampung dalam drama ini agar nampak bersesuaian dengan watak,” jelasnya.

Ditanya adakah salah satu sebab dia menguruskan badan kerana mahu melakonkan watak yang memerlukannya menanggalkan baju, kata Hariz itu bukan sebab utamanya.

“Saya mahu menjaga penampilan dan personaliti saya agar kelihatan lebih menarik. Saya juga telah dilantik menjadi duta untuk jenama kasut sukan, Asics. Jadi saya perlu sentiasa kelihatan fit,” kongsinya.

Hariz ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaru musim luruh/sejuk 2023 jenama Aigner di Pavilion Kuala Lumpur. Antara yang turut hadir di acara berkenaan ialah Nabila Huda, Sophia Albarakbah, Amber Chia, Datin Elvina dan ramai lagi. – 9 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

Iran women’s football team may stay longer in Malaysia as AFC seeks safe options

The Asian Football Confederation says the Iran women’s national team could remain in Malaysia temporarily while authorities explore safe arrangements, after concerns over the players’ safety following the 2026 AFC Women’s Asian Cup in Australia

◉ Related