HEADLINES

Cukai baharu diperkenal tahun depan, tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan rakyat tidak akan sesekali terbeban dengan ketetapan cukai di luar kemampuan mereka

1:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu percukaian baharu iaitu Cukai Keuntungan Modal akan diperkenalkan tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jenis cukai baharu itu sedang digubal untuk dilaksanakan.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pelaksanaan cukai baharu itu tidak sesekali akan membebankan rakyat.

“Langkah akan diambil bagi memperluas asas cukai, mempelbagai sumber cukai serta menambah baik pentadbiran percukaian menerusi penggunaan teknologi.

“Namun harus ditegaskan bahawa kerajaan ini berkhidmat demi rakyat dan tidak akan sesekali membebankan rakyat dengan ketetapan cukai di luar kemampuan mereka.

“Prinsip yang kita angkat ialah pemerataan ekonomi yang adil demi kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, itu antara lima perkara pokok yang akan diberi tumpuan bagi pembaharuan fiskal dan memastikan pengurusan kewangan negara lebih berkesan dan mampan. 

“Kerajaan pada hari ini menggalas tanggungjawab penuh untuk mengukuhkan semula kemampanan fiskal melalui anjakan utama Kemampanan Fiskal dan Sistem Kewangan,” katanya.

Selain itu, beliau turut menekankan mengenai prinsip Maqasid Syariah dalam tatakelola, untuk memastikan bahawa perolehan dibuat secara teliti dengan syarat yang jelas tanpa terselindung. 

“Kelulusan yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian hanya akan merugikan negara dan membazirkan wang rakyat.

“Umpamanya, kerajaan berhasil menjimatkan lebih RM2 bilion perbelanjaan bagi projek tebatan banjir menerusi pelaksanaan tender ketimbang pendekatan rundingan terus sebelum ini. 

“Maka, dasar perolehan kerajaan akan terus memberikan penekanan kepada kaedah tender terbuka bagi menjamin nilai dan mutu yang terbaik serta ketelusan perolehan projek,” katanya. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related