◉ HEADLINES

Tolak bahas DNAA Zahid, ini penjelasan Johari… ‘kita ada 6 hari, jangan push saya’

Ahli Parlimen pembangkang hari ini menuntut supaya usul berkaitan keputusan DNAA daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi dibahaskan

1:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menjelaskan usul tergempar dibawa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) ditolak semalam kerana terdapat tempoh enam hari pada sidang khas Parlimen kali ini untuk membincangkan perkara itu.

Beliau berkata, usul itu ditolak semalam juga bersandarkan keputusan terdahulu pernah dibuat bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun pada Julai 2021 berkait isu proklamasi darurat.

“Saya tolak usul dikemukakan sebab ada ‘precedent’ kes pada 23 Julai 2021, Speaker Tan Sri Azhar telah menolak dua usul dikemukakan Yang Berhormat Beruas dan Port Dickson membincangkan isu tertentu mengikut Perkara 18(1) semasa itu isu proklamasi darurat.

“Tetapi Azhar mengatakan bahawa dia tidak boleh membenarkan kerana peraturan mesyuarat 11(3) termaktub dengan jelas bahawa yang menentukan adalah Perdana Menteri.

“Jadi saya mengambil precedent itu mengatakan ini adalah sidang khas. Sidang khas itu mengikut Perkara 11(3) maka yang menentukan adalah Perdana Menteri, maka apa yang termaktub dalam syarat-syarat diletakkan itu saya ikutlah,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen pembangkang hari ini menuntut supaya usul berkaitan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi dibahaskan.

Rata-rata mereka mendakwa Johari ketika mempengerusikan sidang Dewan Rakyat semalam, berjanji untuk memberi ruang kepada Ahli Parlimen Machang itu bagi memberi penjelasan terhadap isu mahkamah dihadapi Ahmad Zahid, namun ia tidak ditunaikan.

Mengulas lanjut, Johari berkata, beliau akan memberi ruang kepada Ahli Parlimen Machang dan juga Arau membahaskannya, namun bukan semalam.

“Saya sebut semalam kepada Arau dan Machang, saya akan beri ruang, saya tahu ini adalah isu politik, masyarakat juga nak tahu apa yang berlaku.

“Saya kata selepas Perdana Menteri membahaskan, maksudnya saya tidak kata semalam atau hari ini tapi ada enam hari, anda ada enam hari, hari ini, esok, lusa dan tulat. Anda boleh bercakap, saya tidak akan hentikan apabila isu ini dibangkitkan, itu maksud saya.

“Sebagai Speaker, isu itu tidak akan saya hentikan sebab saya nak beri ruang. Itu maksud saya, jangan push (tolak) saya, kenapa tidak hari ini? Kita ada enam hari kenapa perlu semalam, itu maksud saya. Jadi kita teruskan aturan sidang, tiada lagi (bangkit) isu ini ya,” katanya.

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) kemudian mencelah bertanyakan kepada Speaker sama ada beliau bersalah.

Johari kemudian menjelaskan Shahidan bukan bersalah, sebaliknya beliau membenarkan Arau untuk bercakap dan beliau tidak akan menghentikan isu yang dibangkitkan.

Terdahulu, Khoo Poay Tiong(PH-Kota Melaka) memaklumkan kepada sidang dewan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Institusi Reformasi sudah bersetuju dan memutuskan akan memanggil Peguam Negara bagi memberi penerangan berkait kes DNAA itu.

“Arau salah seorang ahli jawatankuasa ini, dia tahu kita akan panggil Peguam Negara untuk beri penerangan dan ini akan dijalankan. Tetapi dia masih nak bangkit isu ini dalam Parlimen,” katanya. -12 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related