HEADLINES

3R: Muhyiddin gesa kerajaan henti siasatan, pendakwaan terpilih ke atas pemimpin pembangkang

Semalam, polis mengambil keterangan Muhyiddin berhubung dakwaan beliau mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa haram mengundi calon PH dan orang Melayu akan hilang kuasa

12:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menghentikan siasatan serta pendakwaan terpilih ke atas mana-mana pemimpin pembangkang yang dikatakan menyentuh isu berkaitan 3R, iaitu agama, kaum dan raja untuk menutup mulut rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, layanan diterima beliau dan pembangkang lain itu tidak adil, memandangkan pemimpin blok kerajaan tidak dikenakan tindakan sama apabila menyentuh isu 3R.

Katanya, apa yang penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa bertamadun adalah kemampuan pemimpin mengotakan janjinya.

“Ia juga perlu berpegang teguh pada prinsip integriti dan amanah, cekap mengurus ekonomi dan prihatin terhadap kebajikan rakyat serta benar-benar adil dan saksama kepada semua.

“Berteraskan prinsip ini, saya menggesa kerajaan menghentikan tindakan siasatan dan pendakwaan terpilih atas alasan 3R semata-mata untuk menutup mulut rakyat atau dengan izin ‘to silent dissent’.

“Tetapi pemimpin di sebelah sana yang mengeluarkan kenyataan jahat yang jelas mengapikan sentimen perkauman, langsung tidak disentuh walaupun puluhan, malah ratusan laporan polis dibuat ke atas mereka,” katanya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan, beliau sendiri disiasat berulang kali polis dan berdepan pendakwaan jenayah kerana menyuarakan keresahan orang Melayu serta Islam.

“Pemimpin di sebelah sana yang mengeluarkan kenyataan jahat yang jelas mengapikan sentimen perkauman, langsung tidak disentuh walaupun puluhan, malah ratusan laporan polis dibuat ke atas mereka.

“Adakah saya sebagai pemimpin Melayu dianggap sebagai penjenayah semata-mata kerana menyuarakan kepentingan orang Melayu dan Islam,” soalnya.

Pada 9 September lalu, dua kertas siasatan dibuka terhadap Muhyiddin susulan kenyataannya mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, baru-baru ini dan orang Melayu hilang kuasa.

Selain Muhyiddin, beberapa pemimpin PN disiasat polis berkaitan kesalahan 3R, termasuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, selepas beliau dipercayai mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya pada kempen PRK Simpang Jeram, 26 Ogos lalu. – 13 September, 2023

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related