HEADLINES

Alumni minta pihak berkuasa siasat peserta Felo Perdana ‘tipu’ kelayakan akademi

Dakwaan tersebut amat membimbangkan kerana pihaknya percaya proses pemilihan peserta untuk program tersebut haruslah kekal adil, telus dan berasaskan merit.

3:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Alumni Felo Perdana meminta pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap salah seorang pesertanya yang didakwa memalsukan kelayakan akademinya.

Presidennya, Syed Mohamed Arif berkata, dakwaan tersebut amat membimbangkan kerana pihaknya percaya proses pemilihan peserta untuk program tersebut haruslah kekal adil, telus dan berasaskan merit.

“Ekoran dakwaan itu, kami telah menyerahkan surat rasmi kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung perkara tersebut.

“Kami berdedikasi untuk menegakkan integriti dan reputasi Program Felo Perdana, dengan tujuan menyediakan bakat muda peluang untuk perkembangan peribadi dan profesional melalui penyertaan dalam perbincangan advokasi dasar dan mendapatkan pandangan tentang agenda pembangunan belia dalam kementerian masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, persatuan tersebut tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan semakan latar belakang ke atas pemohon semasa proses pemilihan.

Malah, katanya, tujuan utama penubuhan persatuan itu adalah berfungsi sebagai komuniti untuk alumni program sekali gus, memupuk penglibatan dan pembangunan berterusan.

Terdahulu Scoop melaporkan seorang peserta Felo Perdana yang diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), kini menjadi tumpuan netizen berikutan terdapat beberapa perkara meragukan berhubung kelayakannya.

Di sebalik ucapan tahniah diterimanya, graduan Universiti Malaya (UM), Muhammad Azhar menjadi ‘buah mulut’ netizen kerana perincian mengenai pendidikan dan pencapaian sebelum pengajiannya dilihat bercanggah.

Beberapa netizen mendakwa, walaupun UM menawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (BEE), ia tidak menawarkan jurusan Kejuruteraan Elektronik dan Komunikasi seperti diikuti individu terbabit.

Pencapaian disenaraikan Azhar juga mencetuskan ketidakpuasan hati kerana maklumat berkenaan didakwa sama ada palsu atau tidak dapat disahkan.

Ini bukan kali pertama Azhar menjadi tumpuan kerana isu percanggahan dalam pencapaiannya, selain perdebatan itu tercetus selepas netizen membongkar kejadian lampau membabitkannya.

Pada 2020, pelbagai laman media melaporkan pelantikan Azhar sebagai saintis negara oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa), selepas memenangi jawatan teratas dalam pertandingan anjuran agensi itu.

Bagaimanapun, Says melaporkan bahawa pencapaian Azhar tidak ‘bertambah’ kerana profilnya tidak ditemui di laman web rasmi Nasa dan ‘skor penggredan keseluruhan’ dikongsikannya, mempunyai beberapa kesilapan tatabahasa. – 13 September, 2023

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related