HEADLINES

Laporan awal nahas Elmina buktikan juruterbang tidak alami masalah kesihatan, psikologi

Kedua-dua juruterbang mendapat rehat mencukupi sebelum penerbangan dan bersedia kendali pesawat

11:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan awal kemalangan udara di Elmina dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini, menyatakan bahawa faktor kesihatan dan psikologi juruterbang serta pembantu juruterbang diketepikan sebagai punca nahas.

Menurut laporan itu, kedua-dua juruterbang mendapat rehat mencukupi sebelum penerbangan dan tidak mempunyai masalah perubatan serius, berdasarkan sejarah kesihatan serta pemeriksaan fizikal.

“Juruterbang dan pembantu juruterbang meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan. Bukti menunjukkan bahawa kedua-dua juruterbang tidak mengalami ketidakupayaan kokpit.

“Oleh itu, hipotesis perubatan faktor penyebab dan penyumbang kepada kemalangan ini boleh diketepikan,” katanya.

Tambah laporan itu, berdasarkan keterangan saksi, juruterbang dilaporkan sihat pada malam sebelum kemalangan.

“Saksi itu juga berkata bahawa juruterbang mempunyai rehat yang baik sebelum penerbangan berlepas dari Langkawi,” katanya.

Dalam insiden jam 2.50 petang, 17 Ogos lalu, pesawat jenis Beechcraft Premier 1 terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Bandar Elmina, Shah Alam.

Antara mangsa adalah juruterbang, Shahrul Kamal Roslan, 41, dan pembantu juruterbang Heikal Aras Abdul Azim, 45.

Ketika insiden, pesawat itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan sudah mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.48 petang. – 15 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related