HEADLINES

PM seru umat Islam perkukuhkan ibadah, tingkat ketakwaan di bulan Ramadan

Perdana Menteri mengajak umat Islam menyucikan hati daripada kebencian, mengamalkan keadilan serta meningkatkan rasa ihsan sesama insan

8:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR   Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Anwar berkata Ramadan merupakan madrasah tarbiah ruhiyah yang mendidik, menguji serta memurnikan setiap insan dalam membentuk kekuatan dalaman umat, terutama pada saat dunia berdepan cabaran materialisme dan kehampaan ‘spiritual’ atau kerohanian.

“Cahaya Ramadan hadir sebagai penyuluh yang menerangi hati dan akal. Perjalanan kerohanian dalam Ramadan ini antara lain sebagai memaknai erti iman, takwa dan pengharapan.

“Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, sesiapa yang mendirikan (menghidupkan) Ramadan, dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampun segala dosanya yang lalu,” katanya dalam hantaran media sosial.

Anwar turut menekankan kepentingan Ramadan dalam mengangkat dimensi sosial dan kemanusiaan, menyeru masyarakat agar lebih prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik serta mereka yang berdepan musibah di seluruh dunia.

Beliau berkata ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sebaliknya menuntut umat Islam menundukkan keangkuhan, menolak kezaliman dan penindasan serta mengawal ketamakan.

“Ia adalah latihan ketundukan, tidak hanya kepada syariat Allah SWT tetapi kepada hakikat bahawa kita makhluk yang lemah dan Tuhan itu Maha Segala,” katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengajak umat Islam menyucikan hati daripada kebencian, mengamalkan keadilan serta meningkatkan rasa ihsan sesama insan.

“Jangan lupa untuk jauhi pembaziran dan berusaha untuk kembali kepada Allah SWT serta mohon keampunan-Nya dalam setiap sujud agar kita semua beroleh berkah dan kesejahteraan,” katanya. – 1 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related