◉ HEADLINES

Temubual Anwar dengan CNN akan disiarkan 1 pagi Jumaat ini

Perdana Menteri menjelaskan mengenai visi pentadbirannya dan langkah menangani isu-isu mendesak

5:35 PM MYT

 

NEW YORK — Kesederhanaan, Madani dan Sanusi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap mengenai perkara berkenaan kepada Christiane Amanpour dari CNN dalam satu temubual yang akan disiarkan pada Jumaat, jam 1 pagi.

Dirakamkan pada Rabu di Misi Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di 43rd Street di sini, temu bual selama 30 minit itu akan menyaksikan Perdana Menteri bercakap mengenai cabaran dalam pentadbiran selama 10 bulan dan menjelaskan mengenai visi Madani termasuk tadbir urus yang baik serta keadilan sosial.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditemubual Christiane Amanpour dari CNN, namun pertemuan pada Jumaat ini adalah yang pertama selepas Anwar bergelar Perdana Menteri. – Gambar tangkap layar, 21 September, 2023

Temubual itu juga menyaksikan Amanpour bertanya kepada Anwar mengenai keputusan membebas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selain tindakan ke atas beberapa ahli politik termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana melanggar isu 3R (agama, raja dan kaum).

Anwar kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di mana beliau akan menyampaikan ucapan pada 10 pagi Jumaat ini (10 malam waktu Malaysia).

Anwar ketika ditemubual Christiane Amanpour mengenai misteri kehilangan pesawat MH370. Ketika ini Anwar masih bergelar ketua pembangkang. – Gambar tangkap layar, 21 September, 2023

Beliau juga menghadiri beberapa pertemuan dua hala dengan pemimpin dunia yang lain termasuk komuniti perniagaan serta pertemuan meja bulat dengan Syarikat Fortune 500.

Selain CNN, Perdana Menteri juga akan ditemubual oleh Bloomberg, yang menunjukkan minat media antarabangsa terhadap kepimpinannya yang menurut pemerhati telah tersedia sejak 25 tahun.

CNN boleh diakses menerusi siaran 511 di Astro. – 21 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related