◉ HEADLINES

Motac pandang serius dakwaan kamera tersembunyi dipasang di inap desa Sabah – Tiong

Hukuman tegas dan setimpal wajar dikenakan kepada mana-mana pihak yang terbukti bersalah kerana perbuatan terkutuk seperti itu, salah di sisi undang-undang, selain jejas imej industri

2:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) memandang serius dakwaan pelancong asing bahawa sebuah inap desa didiaminya di Sabah, dipasang kamera tersembunyi.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kerajaan Sabah, Motac negeri dan agensi berkaitan, sudah diminta mengambil tindakan serius dan sewajarnya terhadap dakwaan didedahkan di sebuah platform media sosial Xiaohongshu berpangkalan di Shanghai pada 14 September lalu, sebelum diulang siar portal berita tempatan.

“Hukuman tegas dan setimpal wajar dikenakan kepada mana-mana pihak yang terbukti bersalah kerana perbuatan terkutuk seperti ini, bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah menjejaskan imej industri pelancongan negara.

“Saya mengingatkan kepada semua pengusaha homestay atau pemilik yang berdaftar di bawah Motac dan memperolehi penggredan daripada Motac sekiranya didapati melanggar undang-undang dan disabit bersalah, Motac akan ambil tindakan tegas seperti membatalkan pendaftaran dan menarik balik penggredan mereka,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Tiong berkata, semua pengusaha inap desa atau pemilik berdaftar di bawah Airbnb, diingatkan supaya mengambil perhatian serius terhadap disiplin serta memeriksa latar belakang pekerja masing-masing.

“Tidak dinafikan perkara seperti ini mungkin terjadi disebabkan perbuatan peribadi yang dilakukan pekerja inap desa atau Airbnb yang tidak bertanggungjawab.

“Motac tidak akan berkompromi terhadap kejadian seperti ini dan akan terus membuat pemantuan dari semasa ke semasa,” katanya. – 24 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related