HEADLINES

Na’im saran MAIWP semak semula garis panduan pemberian biasiswa

Datuk Mohd Na’im Mokhtar juga berkata MAIWP mungkin boleh lihat kepada kemahiran tertentu yang dimiliki anak-anak asnaf yang boleh membangunkan ekonomi negara

9:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menyarankan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyemak semula kriteria serta garis panduan berhubung pemberian biasiswa kepada penerima yang layak.

Menurut Mohd Na’im, sebanyak tiga perkara perlu diperhalusi MAIWP antaranya agar pemberian biasiswa akan lebih adil dan saksama kepada anak-anak asnaf.

“Saya mengesyorkan dan meminta kepada pihak MAIWP untuk membuat semakan semula berkaitan dengan garis panduan penerimaan bantuan biasiswa sebab garis panduan yang sedia ada ini mengambil kira had kifayah yang terpakai bagi penentuan siapa asnaf-asnaf fakir dan miskin.

“Berkaitan garis panduan yang melibatkan fisabilillah ini, saya cadangkan supaya dilihat secara komprehensif… sebagai contoh kita tidak tengok kepada pendapatan bulanan ibu dan bapa, kalau boleh tengok net worth aset ibu bapa itu ada.

“MAIWP juga boleh lihat bukan sahaja kepada kejayaan akademik, tapi lihat kepada sahsiah diri, akhlak yang baik serta motivasi yang tinggi, tapi mereka tiada kemudahan seperti orang yang berada.

“Jadi, saya minta untuk lebih adil supaya MAIWP nanti boleh lihat potensi anak-anak asnaf tadi,” katanya.

Selain itu, Na’im juga berkata MAIWP mungkin boleh lihat kepada kemahiran tertentu yang dimiliki anak-anak asnaf yang boleh membangunkan ekonomi negara.

“Mungkin anak-anak asnaf ada kemahiran-kemahiran tertentu yang diperlukan negara untuk membangunkan ekonomi sebab falsafah di MAIWP adalah kita nak bagi kail, bukan nak bagi ikan.. kita nak keluarkan orang ini daripada kepompong kemiskinan.

“Walaupun tidak cemerlang akademik tapi dia ada kemahiran akademik tertentu yang boleh kita angkat untuk bangunkan akademi negara,” katanya.

Terdahulu, MAIWP menjelaskan pemberian biasiswa insentif khas pelajar cemerlang luar negara (Jordan) MAIWP kepada anak bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah berdasarkan hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Penerima Skim Biasiswa MAIWP pada 11 September lalu.

MAIWP dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, hasil semakan mendapati Abdul Syukur Zulkifli dikategorikan dalam Asnaf Fisabilillah dengan lebihan had kifayah.

Katanya, perkara berkenaan adalah menepati syarat lebihan had kifayah yang ditetapkan bagi Asnaf Fisabilillah. – 24 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Don’t add fuel to the haze: public urged to stop open burning as air quality dips

Winds from Sumatra carry smoke across west coast as dry spell worsens conditions

Related