HEADLINES

Ekin sedia berdamai jika portal sebar fitnah rumah tangga bergolak mohon maaf tapi…

Pasangan suami isteri itu tekad untuk membuat laporan polis kerana mahu melindungi keluarga mereka

2:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ekin, isteri kepada artis versatil, Mawi berkata, dia bersikap terbuka untuk berdamai dengan portal yang menyiarkan berita fitnah kononnya rumah tangga mereka sedang bergolak.

“Saya memang bersikap terbuka untuk berdamai. Tapi sampai sekarang pun mereka masih lagi tidak meminta maaf.

“Kalau ada usaha ke arah itu, kita boleh bincanglah. Lagipun itu cara paling bagus dan saya sebetulnya mengharapkan kami boleh berdamai,” katanya kepada Scoop.

Menurut Ekin lagi, dia dan Mawi bagaimanapun tekad untuk membuat laporan polis kerana mahu melindungi keluarga mereka.

“Lagipun, kami dah banyak kali terkena dengan berita macam tu. Tapi, sebelum ini, kami tidak kecoh. Tapi, kali ini bila ramai yang tanya termasuk saudara mara dan adik-beradik, perkara ini jadi tak best (seronok).

Mawi dan Ekin membuat laporan polis terhadap portal yang menyiarkan berita fitnah mengenai rumah tangga mereka di balai polis Bangi, empat hari lalu. – Gambar Instagram Ekin/7 Oktober, 2023

“Banyak panggilan yang saya terima bertanya: “Kau okay ke dengan Mawi?. Kecoh kat Facebook pasal kau cerai”.  Astaghfirullahaladzim, saya pun terkejut bila mendapat pertanyaan sebegitu dan yang paling risau adalah keluarga.

“Bukan saya sahaja yang terkena tapi juga rakan artis yang lain. Jadi, bila saya minta pandangan rakan-rakan, mereka kata saya kena buat laporan polis,” katanya yang membuat laporan di balai polis Bangi kira-kira empat hari lalu.

Jelas Ekin lagi, dia dan Mawi menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut berhubungan berita fitnah yang dilaporkan portal berkenaan selepas laporan dibuat.

“Kita tunggu siasatan polis dan kita tunggu portal itu minta maaf. Kemudian baru kita akan fikirkan tentang tindakan susulan, sama ada akan melantik peguam atau tidak.

“Tapi, saya tidak faham kenapa mereka harus buat macam tu. Bila tekan pautan artikel itu akan membawa ke laman Shopee. Makin banyak share (perkongsian) makin banyak orang tengok dan tekan.

“Takkan sampai macam tu sekali mereka sanggup buat untuk ambil keuntungan. Itu dah lebih,” katanya. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Pan-gon returns to Malaysian football as Selangor FC’s new head coach

Tasked with steering the Red Giants to domestic glory and continental success, Pan-gon faces a crucial challenge in shaping the team’s future

Yeo Bee Yin delivers twins, welcomes ‘adventure’ in raising five boys

Puchong MP shares about the physical challenge carrying identical twins on social media

KPM pastikan silibus sejarah kekal bebas daripada politik kepartian: Timbalan Menteri

Untuk memastikan kurikulum kekal bebas, kita akan pastikan bebas daripada politik kepartian

Related