HEADLINES

Muhyiddin harus matang, hentikan budaya tuduh SPRM salah guna kuasa: MCW

Ahli politik ketika ini mempunyai satu kecederungan jika rakan atau pihak mereka disiasat SPRM, apabila mengatakan siasatan itu bermotifkan politik dan tidak profesional

6:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya bersikap terbuka untuk tidak cepat ‘melatah’ apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke atas firma guaman Rosli Dahlan Saravana (RDS), kelmarin.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, ahli politik seharusnya mempamerkan kematangan untuk tidak mengganggu siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa.

“Mereka (ahli politik) sepatutnya reda menerima dan membiarkan pihak berkuasa, iaitu SPRM menjalankan siasatan.

“Sekiranya tidak bersalah atau tidak mempunyai bukti cukup, sudah pasti mereka akan dilepaskan tanpa sebarang tindakan selanjutnya,” katanya kepada Scoop hari ini.

Jais menegaskan, tuduhan dibawa ahli politik, tidak kira kerajaan atau pembangkang terhadap agensi kerajaan yang menjalankan tugasan secara holistik, perlu dihentikan.

“Ahli politik sebarang parti di Malaysia sekalipun, saya lihat mempunyai satu kecederungan jika rakan mereka atau pihak mereka disiasat SPRM.

“Mereka akan mengatakan siasatan itu bermotifkan politik dan tindakan SPRM tidak professional. Ini satu sikap tidak adil kepada SPRM dan ia perlu diperbetulkan,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa Kerajaan Perpaduan menggunakan SPRM untuk memberi tekanan kepada pembangkang susulan serbuan dilakukan agensi itu ke atas firma RDS.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, serbuan terbabit jelas membuktikan tindakan berkenaan satu bentuk salah guna kuasa.

Justeru, Muhyiddin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentikan kezaliman terhadap pembangkang dan memberi tumpuan kepada ekonomi negara serta membantu rakyat.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan melakukan siasatan ke atas peguam terlibat dalam usaha mendapatkan semula aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh kerajaan itu, dilaksanakan dengan profesional mengikut bidang kuasa diperuntukkan – 8 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related