◉ HEADLINES

Serbu firma guaman, Muhyiddin dakwa ia satu bentuk salah guna kuasa

Dakwanya, serbuan itu memberi satu gambaran seolah-olah ada sesuatu yang hendak mereka lakukan

3:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Kerajaan Perpaduan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi tekanan kepada pembangkang susulan serbuan dilakukan agensi itu ke atas firma guaman Rosli Dahlan Saravana (RDS), semalam.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, serbuan tersebut jelas membuktikan tindakan tersebut satu bentuk salah guna kuasa.

“Hari ini (semalam), saya diberitahu peguam saya, SPRM datang serbu pejabat. Sebab apa lakukan di situ. Apa ada kena mengena (serbuan dilakukan) sedangkan mereka adalah peguam untuk mempertahankan diri saya.

“Apakah tujuan SPRM pergi ke sana, (ia) memberi satu gambaran seolah-olah ada sesuatu yang hendak mereka lakukan. Ini secara jelas bagi saya salah guna kuasa oleh pihak tertentu,” katanya ketika berucap pada ceramah ‘grand finale’ PN di Dataran Purnama di Bentong, malam tadi.

Sehubungan itu, Muhyiddin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menghentikan kezaliman terhadap pembangkang dan memberi tumpuan kepada ekonomi negara serta membantu rakyat.

“Cukuplah Anwar, jangan teruskan tindakan kezaliman sebegini dibuat. Beri tumpuan menyelamatkan negara (dengan) memfokuskan pembangunan ekonomi Malaysia.

“Berilah pelbagai bantuan agar rakyat yang susah dapat dibela. Itu sebab inilah masanya untuk orang Pelangai memberikan isyarat kepada Putrajaya dan saya yakin kita mampu mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai,” katanya.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan dilakukan terhadap seorang peguam yang terlibat dalam usaha kerajaan untuk mendapatkan semula aset 1MDB.

Azam berkata, peguam itu seorang daripada beberapa individu yang disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Haram 2001 namun tidak mendedahkan peguam tersebut.

Berdasarkan laporan sebuah portal yang memetik sumber mendedahkan 12 pegawai SPRM menyerbu firma guaman Rosli Dahlan Saravanan.

Rosli merupakan salah seorang pasukan pembelaan Muhyiddin berhubung kes dihadapinya sebelum ini, selain turut menjadi peguam utama bagi Bersatu. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

◉ Related