Kasihan Shahora, filem bagus tapi… Michael Ang minta netizen sokong, tonton Pagari Bulan

Menurutnya, filem Pagari Bulan kurang mendapat sambutan sejak ditayangkan di pawagam pada 5 Oktober lalu

6:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah yang juga pelakon, Michael Ang benar-benar seorang insan berhati mulia kerana cukup prihatin dengan masalah menimpa rakan baiknya, Sharifah Shahora.

Menyedari filem Pagari Bulan terbitan Sharifah Shahora dan suaminya Raja Mukhriz kurang mendapat sambutan di pawagam, Michael Ang menyeru netizen untuk menyokong dan menonton filem tersebut.

“I (Saya) betul-betul sedih untuk kawan saya, Sharifah Shahora. Dia ada buat filem iaitu Pagari Bulan. Aku pun ada berlakon, tapi tak banyaklah. Aku buat cameo je.

“Banyak orang komen kata filem itu bagus. Pengktirik pun kata bagus dan bagi rating 10, 9 atau 8 bintang.

“Dan, banyak pengkritik yang selalu kutuk filem Melayu pun kata filem ni bagus. Sinematografi bagus, cara pengarahan bagus dan ada unsur sejarah.

“Tapi, masalahnya tiada sambutan di panggung sebab promosinya tidak cukup,” katanya dalam hantaran terbaharu di Instagram.

Michael turut mempersoalkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) kerana tidak melakukan sesuatu untuk membantu pelakon itu menangani masalah dihadapi.

“Finas buat apa Finas? Suka-suka panggung boleh batal tayangan. Kata ada tujuh hari wajib tayang. Tolonglah buat sesuatu.

“Pada anda semua, tolonglah sokong filem ni. Kasihan Shahora. Susah payah dia laki bini nak produce (hasilkan) filem ini. Takkan nak suruh aku nangis untuk pergi panggung, Tolonglah sokong,” katanya.

Pagari Bulan terbitan Eleven Field Creative Sdn Bhd milik Shahora dan suaminya, mengisahkan mengenai kisah wanita menjadi tahanan di kem askar Jepun untuk dijadikan sebagai pemuas nafsu.

Bulan, Kasih dan rakan baiknya, Sui Li ditangkap dan dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun.

Apakah mereka berhasil membebaskan diri?

Filem tersebut dibintangi Nazeera Sardi, Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy Teh, Alvin Wong, Michael Ang dan Chelsia Ng.

Ia sudahpun ditayangkan di pawagam pada 5 Oktober lalu. – 10 Oktober, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related