HEADLINES

Fama sasar edar 2,000 tan metrik beras putih tempatan setiap bulan

Pengedaran dilaksanakan di 35 pusat operasi Fama selain 416 outlet usahawan bimbingan Fama, 102 lokasi Jualan Agro Madani dan 726 kedai runcit terpilih

1:45 PM MYT

 

TELUK INTAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyasarkan untuk mengedar 2,000 tan metrik beras putih tempatan (BPT) setiap bulan di seluruh negara.

Pengerusinya Aminuddin Zulkipli berkata pengedaran dilaksanakan di 35 pusat operasi Fama selain 416 outlet usahawan bimbingan Fama, 102 lokasi Jualan Agro Madani dan 726 kedai runcit terpilih.

“Sehingga kini, sejumlah 1,321.6 tan metrik BPT bernilai RM3.37 juta dan 132,160 kampit BPT seberat 10 kilogram diedarkan di seluruh negara.

“Kita berjaya laksanakan (pengedaran) BPT ini hingga 90 peratus di seluruh negara dan ia tertakluk kepada bekalan stok yang ada, setakat ini kita tidak ada masalah dengan pembekal,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Go Cashless di Agrobazaar Rakyat Mat Frozen di Kampung Padang Tembak di sini hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu semasa sesi penerangan di Dewan Rakyat, Isnin lepas berkata Fama dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah diarahkan untuk meningkatkan pengedaran BPT ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar termasuk kedai runcit.

Mohamad berkata memandangkan margin jualan BPT hanya dikenakan sebanyak 50 sen bagi kampit 10 kilogram (kg) di peringkat runcit, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan kos pengangkutan kepada pihak Fama dan LPP bagi pengedaran BPT.

Dalam perkembangan lain,  Aminuddin berkata sebanyak 131 siri kempen pendigitalan pembayaran tanpa tunai fasa pertama telah dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 3,692 usahawan Fama sejak September tahun lepas hingga Julai tahun ini.

Beliau berkata kempen pendigitalan fasa dua pula yang bermula sejak September lepas membabitkan 14 outlet Agrobazaar Rakyat di seluruh negara dan empat Pasar Tani Kekal (PTK) iaitu di Johor dan Kedah dengan melibatkan 220 usahawan.

Menurut Aminuddin pihaknya menyasarkan 515 outlet Agrobazaar Rakyat dan 28 PTK seluruh negara akan melaksanakan kempen pendigitalan tersebut menjelang akhir tahun ini.

“Usahawan yang menyertai program ini akan dibekalkan beberapa bentuk bahan promosi program bagi menarik perhatian pengunjung menggunakan kaedah e-pembayaran seperti gegantung dan papan tanda. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Related