◉ HEADLINES

Kes MYAirline: 15 pelabur saman ahli perniagaan dan empat syarikat

Bagaimanapun, Goh dan keempat-empat syarikat itu telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan ia adalah penyalahgunaan proses mahkamah

4:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima belas pelabur telah memfailkan saman terhadap ahli perniagaan Goh Hwan Hua dan empat syarikat yang didakwa gagal membayar nilai penebusan bulanan daripada jumlah pelaburan kira-kira RM8 juta.

Bagaimanapun, Goh dan keempat-empat syarikat iaitu I-Serve Online Mall Sdn Bhd (ISOM), Bright Moon Venture PLT (BMV), QA Smart Partnership PLT (QAS) dan Trillion Cove Holdings Bhd (TCH) telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan ia adalah penyalahgunaan proses mahkamah.

Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar permohonan mereka pada 31 Oktober ini.

Mereka juga telah memfailkan pernyataan pembelaan tahun lepas terhadap saman yang dikemukakan oleh P.Ponnamal, A.Prema, Deborah Ann Rodrigo, YM Che Engku Mahirah Abdullah, Goh Chiang Beng, Alexander Vincen, Gea Ban Thong, Ng Guat Tin, Koh Kock Keang, S.Supramaniam, Harith Abdul Hamid, Ismat Abdul Rauf, Koh Kok Chong, Gea Seok Eng dan K.Thangamuthu.

Pernyataan tuntutan bertarikh 21 Julai 2022, kesemua plantif mendakwa defendan gagal membuat pembayaran itu dari November 2021 hingga Jun 2022 meskipun sudah menghantar surat tuntutan melalui peguam mereka.

Plaintif yang berusia lingkungan 58 hingga 74 tahun, mendakwa Goh sebagai pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline Sdn Bhd had serta keempat-empat syarikat telah melanggar kewajipan fidusiari mereka serta hendaklah dipertanggungjawabkan secara peribadi atas kerugian yang dialami oleh pelabur.

Mereka mendakwa Goh, ketika mengeluarkan pelbagai notis, arahan dan mengadakan telesidang, telah memberi jaminan bahawa isu yang dihadapi oleh ISOM tidak akan memberi kesan terhadap pulangan bulanan pelabur.

Kesemua plaintif turut mendakwa bahawa ISOM, TCH dan dua lagi syarikat yang terlibat telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia pada 11 Nov 2021 manakala perintah pembekuan dikeluarkan terhadap kesemua syarikat.

Antara lain, mereka menuntut pembayaran balik harga langganan RM8 juta serta pembayaran tunggakan penebusan bulanan dan faedah tahunan sebanyak lima peratus ke atas mana-mana jumlah penghakiman yang diberikan. – 20 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related