◉ HEADLINES

Lintasan Rafah dibuka, trak bantuan mulai masuk ke Gaza

Konvoi bantuan yang sepatutnya masuk hari ini termasuk 20 trak yang membawa bekalan ubat-ubatan dan jumlah bekalan makanan yang terhad

4:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Trak bantuan kemanusiaan mula memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir melalui lintasan Rafah.

“Konvoi bantuan yang sepatutnya masuk hari ini termasuk 20 trak yang membawa bekalan ubat-ubatan dan jumlah bekalan makanan yang terhad (barangan dalam tin),” kata kenyataan dari pejabat media Hamas, hari ini.

Sementara itu, kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis memaklumkan, mereka menerima maklumat bahawa lintasan sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir akan dibuka pada jam 10 pagi waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).

“Jika sempadan dibuka, kami tidak tahu berapa lama ia akan dibuka untuk warga asing meninggalkan Gaza.”

“Kami menjangkakan ramai akan cuba menyeberanginya jika sempadan dibuka, dan warga AS yang cuba memasuki Mesir harus menjangkakan persekitaran yang berpotensi huru-hara dan tidak teratur di sepanjang lintasan itu.

“Keadaan kekal dinamik dan lancar malah keselamatan persekitaran tidak dapat diramalkan,” katanya sambil menyeru individu untuk menjalankan penilaian menyeluruh mengenai keselamatan diri mereka sebelum mempertimbangkan sebarang perjalanan ke sempadan itu.

Pada Khamis lalu, Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi bersetuju membuka lintasan Rafah ke Gaza bagi membenarkan kemasukan kumpulan pertama kira-kira 20 trak bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak itu, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Mesir mengesahkan presidennya dan Biden bersetuju untuk menyalurkan bantuan ke Gaza ‘dengan cara yang mampan’.

Biden tidak memberikan tempoh masa untuk pembukaan lintasan sempadan itu tetapi jurucakap Rumah Putih, John Kirby berkata, ia akan berlaku dalam beberapa hari akan datang selepas baik pulih jalan yang rosak. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related