HEADLINES

Laporan PAC: KKM ambil pendekatan lebih tegas, cekap dalam proses perolehan

Segala syor yang diberikan PAC, kita juga ambil maklum dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk menambah baik di masa hadapan khususnya terhadap proses-proses perolehan: Dr Zaliha

1:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil pendekatan yang lebih tegas dan cekap dalam memastikan proses perolehan dijalankan mengikut prosedur yang betul.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata KKM juga mengambil maklum dan menerima baik Laporan Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Isnin lalu.

Dr Zaliha Mustafa berkata KKM ambil maklum tentang laporan PAC dan kita menerima baik laporan tersebut. – Gambar Jabatan Penerangan, 2 November, 2023

“Kementerian ambil maklum tentang laporan PAC dan kita menerima baik laporan tersebut.

“KKM juga telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memberikan jawapan dan apa-apa maklumat yang diberikan PAC.

“Segala syor yang diberikan PAC, kita juga ambil maklum dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk menambah baik di masa hadapan khususnya terhadap proses-proses perolehan dan saya yakin kita juga akan ambil pendekatan yang lebih tegas dan cekap dalam memastikan perolehan walaupun sewaktu darurat, ia perlu mengikut prosedur yang betul,” katanya ketika sesi sidang media di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, PAC mendedahkan ketiadaan perjanjian bertulis antara KKM dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) menyebabkan tiada mana-mana pihak boleh dipertanggungjawabkan untuk diambil tindakan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi.

Menurut laporan berkenaan, tiada kontrak digubal antara KKM dan PLSB mengenai perolehan ventilator dan Penasihat Undang-undang KKM juga tidak dirujuk semasa proses penyediaan surat pelantikan PLSB.

Laporan itu juga mendedahkan sehingga kini ketidaktentuan peranan PLSB dalam isu itu mengakibatkan proses mengambil tindakan undang-undang tidak dilaksanakan.

Selain itu, PAC mendapati terdapat percanggahan keterangan antara KKM dan PLSB berkaitan kewujudan waranti kesemua 136 unit ventilator. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related