HEADLINES

Penurunan peratus mengundi, peningkatan kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Selesai sesi itu, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa

8:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penurunan peratusan keluar mengundi serta peningkatan kos mengerjakan haji antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat menerusi laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) bertanyakan Perdana Menteri sebab penurunan dalam peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, 14 dan 15 dan usaha dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangani permasalahan itu, dalam sesi soal jawab. 

Pada sesi sama, Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) menyatakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos mengerjakan haji serta syarat dan kelayakan baharu yang ditetapkan.

Selain itu, Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) inginkan penjelasan Menteri Pertahanan sama ada kerajaan berhasrat menilai semula pencen 21 tahun perkhidmatan untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia memandangkan mereka masih muda dan mempunyai komitmen terhadap keluarga.

Selesai sesi itu, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa.

Menurut takwim Parlimen, perbahasan rang undang-undang di peringkat itu akan berlangsung selama 12 hari hingga 27 November ini. 

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Oktober lepas. – 8 November, 2023

Topics

 

Hangat

Rainforest Youth Summit 2025 returns to Kuching to bolster climate leadership in Southeast Asia

Over 700 young delegates gather in Sarawak for regional summit blending Indigenous wisdom, policy action, and environmental resilience

Analysts assess Malaysia’s fuel future as June deadline looms

Coordination and conservation seen as key as supply buffers face post-June pressure

Kuala Selangor PKR AGM descends into chaos as no-confidence dispute leaves three women injured

Tensions flare after AGM as members challenge handling of motion against division chief; police reports lodged

Related