HEADLINES

Nazir Razak kahwini ahli perniagaan

Berita gembira itu dikongsi Norashman yang juga anak kepada Najib Razak

6:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Mohamed Nazir dikhabarkan melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita dikenali sebagai Yati Zainudin, hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Norashman yang juga anak kepada Najib menerusi gambar yang dimuatnaik di InstaStory miliknya.

“Congrats Uncle Jay! @nazir.razak,” katanya.

Menerusi gambar yang dikongsinya itu, Nazir yang juga bekas Pengerusi CIMB Berhad (CIMB) mengenakan busana pengantin serba putih menyarung cincin kepada pasangannya.

Difahamkan Yati adalah seorang ahli perniagaan dan pengasas bersama kosmetik, Bluemolly.

Wanita itu juga merupakan adik kepada aktivis kanak-kanak daripada badan bukan kerajaan (NGO) Voice of the Children, Datuk Hartini Zainudin.

Berita pernikahan itu turut disahkan rakan baik Nazir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd., Tan Sri Tony Fernandes.

Tan Sri Tony Fernandes (kanan) hadir di majlis perkahwinan Tan Sri Mohamed Nazir Razak hari ini - Gambar Instagram Tan Sri Tony Fernandes, 17 November, 2o23
Tan Sri Tony Fernandes (kanan) hadir di majlis perkahwinan Tan Sri Mohamed Nazir Razak hari ini – Gambar Instagram Tan Sri Tony Fernandes, 17 November, 2023

Beliau memuatnaik beberapa keping foto semasa menghadiri hari bahagia sahabatnya itu.

“Tahniah kepada adik dan bestie saya kerana melalui ‘api’ untuk mencari kebahagiaan,” tulisnya di Facebook.

Media melaporkan majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara, malam ini.

Nazir pernah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Azlina Aziz dan dikurniakan dua cahaya mata.

Pasangan itu dilaporkan bercerai pada tahun ini. – 17 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related