HEADLINES

Elizabeth Tan sambut hari lahir ke-30 sambil naik gondola di Venice

6:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tahun 2023 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan apabila sudah masuk ke penghujung tahun, ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti panjang di luar negara.

Tidak terkecuali penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan yang ketika ini sedang bercuti di Itali dan memuatnaik gambar percutiannya di Instagram.

Lebih menarik apabila Elizabeth yang mesra disapa sebagai Lizzy turut meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-30 di Venice.

Mengenakan gaun labuh berona merah menyala sambil menaiki gondola menyelusuri terusan di Venice, Lizzy memberitahu, dia sudah pun menginjak usia 30 tahun.

“Saya sudah pun berusia 30 tahun hari ini. Selamat hari lahir untuk saya, rasanya…,” katanya.

Dia bagaimanapun tidak begitu gembira dengan pertambahan usianya kerana ia adalah permulaan untuknya melalui fasa hidup pada usia 30-an.

Selain Venice, Lizzy turut berkesempatan melawat Menara Pisa dan Statue of David yang terletak di Florence, Itali.

Statue of David adalah sebuah arca Rennaisance Itali iaitu karya agung ciptaan pelukis dan juruukir, Michaelangelo yang hasilkan pada 1501 sehingga 1504.

“Menara condong Pisa dan Statue of David! Ia sudah dipangkah dalam senarai saya. Dan, Florence sememangnya bandar kegemaran saya,” katanya.

Ketika berada di Rom, Lizzy turut melawat beberapa kawasan tarikan pelancong antaranya air pancut popular, Fontana di Trevi atau Trevi Fountain yang menerima kunjungan tujuh hingga 10 bilion pelawat setiap tahun.

Selain itu, Lizzy juga berkesempatan melihat peninggalan sejarah zaman empayar Rom iaitu Colloseum yang digunakan untuk acara arena gladiator.

Bahkan, dia teruja berkunjung ke negara Vatican City yang terletak tidak jauh daripada Rom.

“Mengunjungi semua tempat pelancongan di Rom adalah filem Lizzie McGuire impian saya yang menjadi kenyataan,” katanya.

Pasti ramai dah pernah tengok filem Lizzie McGuire yang dibintangi Hillary Duff kan? Dalam filem itu, Hillary yang memegang watak Lizzie membawa kita mengembara ke lokasi yang menarik di Rom.

Begitulah agaknya, perasaan Lizzy apabila berpeluang melakukan perkara sama seperti Lizzie McGuire di dalam filem. – 19 November, 2023

Topics

 

Popular

MACC seizes RM6.9 million in gold, cash, and luxury SUV in Army procurement probe

The Malaysian Anti-Corruption Commission confiscates high-performance vehicle, gold bars, and foreign currency amid investigation into senior officials' involvement in Army procurement corruption

PAS extends Christmas greetings, calls for unity in diversity

Takiyuddin Hassan says values of love, forgiveness and humility transcend faiths as Malaysia champions harmony

French authorities summon Elon Musk as X offices raided in widening probe

A year-long investigation into algorithm abuse and illegal content spreads to include AI chatbot Grok and potential child exploitation

Related