HEADLINES

Fazura bengang dengan scammer, ‘sebelum saya saman, lebih baik hentikan penipuan’

Melalui perkongsian terbaharu di Instagram, Fazura memuatnaik iklan penipuan jualan minyak wangi berharga RM1 yang menggunakan nama dan wajahnya di TikTok

1:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gara-gara tindakan melampau segelintir individu mengambil kesempatan untuk keuntungan, Fazura yang dikenali sebagai seorang artis yang sentiasa tenang, kini hilang sabar hingga pelakon jelita itu memberi amaran untuk mengambil tindakan saman.

Ia susulan wujud ‘scammer’ yang menggunakan namanya bagi tujuan penipuan penjualan minyak wangi, terutama dengan tawaran harga ‘tidak masuk akal’.

Berkongsi perkara itu di media sosialnya, Fazura memuatnaik iklan yang memaparkan promosi minyak wangi berharga RM1 menggunakan nama dan wajahnya di platform TikTok.

“Pengumuman! Minyak wangi Nur Fazura secara rasmi dijual di Tiktok. Siapa pun boleh beli harga, cuma RM1, periksa bakul kuning,” menurut keterangan di iklan itu.

Iklan dalam bahasa Indonesia itu dimuatnaik dalam sebuah blog bertarikh 18 November lalu, dengan dikongsi di TikTok dan menerima lebih 63,000 tanda suka.

Mengulas lanjut mengenai iklan berkenaan, Fazura atau mesra disapa Faz juga kesal dengan taktik ‘jahat’ digunakan scammer terbabit untuk memperdaya peminatnya.

“Maaf, Faz terpaksa muatnaik hantaran sejak ramai sangat marah pasal penipuan ini.

“Faz jelaskan di sini, ini adalah satu niat tak baik mengaut keuntungan dengan menipu peminat Faz!,” katanya.

Fazura kecewa dengan tindakan scammer yang sanggup menggunakan nama dan wajahnya untuk menipu peminat demi keuntungan. – Gambar instagram, 24 November, 2023

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut memberi amaran kepada scammer terbabit supaya menghentikan segera perbuatan berkenaan.


“Kepada semua yang bertanggungjawab ni, lebih baik hentikan sekarang sebelum Faz ambil tindakan.

“Sebelum Faz saman, lebih baik hentikan!,” katanya. – 24 November, 2023

Topics

 

Popular

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Related