◉ HEADLINES

Meerqeen dikecam lagi, kali ini gara-gara perkataan Palestin

Mereka mengatakan dia takut kehilangan ‘job’ bersama jenama antarabangsa seandainya menulis perkataan itu

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas reda isu dia dikecam teruk kerana bergambar dengan selebriti yang juga bekas tentera Israel, Gal Gadot, pelakon, Meerqeen tampil bersuara mengenai konflik sedang berlaku di Palestin.

Walaupun tidak menyatakan secara langsung sokongan itu ditujukan kepada rakyat Palestin, Meerqeen dalam hantaran di media sosial menegaskan menolak sebarang bentuk keganasan ketika ini.

Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, dia masih teguh memegang prinsip sebagai seorang muslim.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa saya mengutuk dan mengeji sekeras-kerasnya keganasan serta kezaliman.

“Sebagai seorang Muslim dan manusia, saya percaya akan meneruskan tanggungjawab untuk menjadi khalifah di bumi pinjaman ini dan memperjuangkan keadilan serta kedamaian,” tulisnya.

Tambah Meerqeen, dia akan terus memperjuangkan kedamaian dengan menunjukkan akhlak seorang muslim sebenar.

“Dengan kudrat dan kemampuan saya yang kecil ini, saya akan terus menjalankan tanggungjawab dalam memerangi kezaliman serta menunjukkan akhlak sebagai muslim sebenar.

“Saya percaya kepada perancangan Allah SWT dan hanya Dia yang akan membalas setiap kezaliman dari awal hingga akhir waktu,” tulisnya.

Biarpun sudah mengeluarkan kenyataan tersebut, masih ada netizen tidak berpuas hati dengannya kerana dia dikatakan tidak menulis perkataan Palestin dalam kenyataan tersebut.

Mereka mula mempersoalkan tindakannya itu dengan mengatakan dia takut kehilangan ‘job’ bersama jenama antarabangsa seandainya menulis perkataan Palestin.

Netizen juga mempersoalkan mengapa dia menulis kenyataan itu dalam Bahasa Malaysia, bukannya Bahasa Inggeris.

Namun, ramai mempertahankannya dengan mengatakan Meerqeen sudah meletakkan emoji bendera Palestin di bahagian kapsyen.

Terdahulu, beberapa selebriti popular serta pempengaruh media sosial dipertikai netizen kerana didakwa berdiam diri dan tidak berkongsi sebarang berita atau solidariti mengenai peperangan di Palestin.

Malah ada pempengaruh yang kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial gara-gara cuba bersikap neutral terhadap isu terbabit. – 20 Oktober 2023

Topics

 

◉ Popular

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related