HEADLINES

Kembali aktif berlakon, Elizad dedah lima tahun pengalaman di radio, ‘saya teruja jumpa Ella’

Jelas Elizad, untuk menjadi penyampai radio, seseorang itu harus sentiasa melengkapkan diri dengan perkembangan isu-isu semasa

4:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun sudah mengundurkan diri sebagai penyampai radio di Sinar FM pada Jumaat lalu, namun pelakon Siti Elizad Sharifuddin, 39 atau lebih dikenali sebagai Elizad, mengakui banyak menimba ilmu dan meraih pengalaman baharu sewaktu bertugas selama lima tahun di stesen radio tersebut.

Berkongsi pengalamannya, Elizad berkata, tugas dalam dunia penyiaran radio memang mencabar malah semua kerja perlu dilakukan dengan pantas.

“Waktu awal-awal masuk kerja, saya jadi kejutan budaya, sebab saya lihat semua orang sibuk dan tidak berhenti-henti bekerja.

“Saya berkata dalam hati, oh begini rupanya di sebalik tabir dunia penyiaran. Kesibukan juga membuatkan saya sendiri tidak berpeluang untuk mengambil cuti yang panjang terutama pada bulan survey radio. Waktu itu, semua cuti memang dibekukan,” katanya sewaktu diwawancara Scoop.

Jelas Elizad lagi, untuk menjadi penyampai radio, seseorang itu harus sentiasa ‘up to date’ dengan isu-isu dan perkembangan semasa.

“Kita kena cepat dan kena ambil tahu apa yang berlaku. Itu adalah perkara pertama yang saya belajar waktu mula-mula jadi penyampai radio.

“Seperkara lagi, kita kena ingat tajuk-tajuk lagu khususnya penyanyi tempatan untuk memudahkan kita menjalankan tugas,” katanya.

Siti Elizad Sharifuddin akan kembali aktif berlaku – Gambar IG Elizad, 26 November, 2023

Namun, sesuatu yang menarik bagi Elizad ialah dengan menjadi penyampai radio, ia membantunya lebih dekat dengan penyanyi.

“Waktu jadi pelakon dulu, saya jarang jumpa penyanyi. Tapi, bila jadi penyampai radio, saya dapat jumpa dan mewawancara mereka.

“Saya sendiri macam kena ‘star struck ‘waktu berjumpa dengan Ella, Datuk Ramli dan Datuk Awie.

“Cuba bayangkan, orang nak jumpa mereka kena beli tiket. Tapi, saya tunggu di konti untuk jumpa semua legenda-legenda hebat ini.

“Saya juga pernah mewawancara Datuk (Seri) Siti Nurhaliza dan beberapa band muzik daripada Indonesia,” katanya penuh bangga.

Sepanjang bertugas di radio Sinar FM sejak 15 Julai 2019, Elizad telah diberi tanggungjawab mengendalikan segmen Pagi Di Sinar bersama Jep Sepahtu, Rahim dan Angah.

Elizad kemudian mengundurkan diri secara rasmi daripada radio Sinar FM pada 24 November yang lalu dan keputusan itu dibuat kerana dia mahu kembali aktif berlakon semula.

“Jiwa saya pada lakonan dan saya juga suka berada di set dan terus terang, saya sudah tidak sabar untuk masuk ke set semula,” katanya. – 26 November, 2023

Topics

 

Popular

Qatar to host final stages of 2025 FIFA Confederations Cup for second year running

Tournament kicks off in Jeddah this September, with final three matches—including the decider featuring PSG—set for December in Qatar

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Related