◉ HEADLINES

Seksyen 17A Akta SPRM tidak sesuai dikenakan terhadap penjawat awam

Rasuah yang dilakukan penjawat awam merupakan perlakuan individu, ketua jabatan tidak harus dipertanggungjawabkan

8:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kesalahan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (694) tidak sesuai untuk diperluaskan kepada penjawat awam yang menerima suapan dengan mempertanggungjawabkan ketua jabatan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kakitangan di bawah seliaan mereka.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kesalahan rasuah yang dilakukan penjawat awam itu adalah perlakuan individu.

Seseorang ketua jabatan, katanya, tidak akan mengizinkan kakitangan di bawah seliaan mereka untuk menerima rasuah, apalagi jika mereka terbabit sama menerima suapan.

“Di bawah Akta 694, terdapat peruntukan kesalahan membabitkan rasuah yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam, di bawah seksyen 16, 17, 18, 19, 20, 21 dan 23, dan juga kesalahan-kesalahan lain yang ditetapkan di bawah Akta 694.

“Peruntukan-peruntukan sedia ada ini memadai dan cukup luas bagi mencegah rasuah dalam kalangan penjawat awam,’’ katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng.

Jelasnya, Seksyen 17A Akta 694 memperuntukkan bahawa suatu organisasi komersial melakukan suatu kesalahan jika mana-mana orang yang bersekutu dengan organisasi komersial itu melakukan rasuah untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan atau faedah untuk organisasi komersial terbabit.

“Peruntukan liabiliti korporat ini selaras dengan standard antarabangsa yang mengkehendaki kewujudan peruntukan undang-undang berhubung dengan kesalahan oleh legal person.

“Legal person merupakan entiti yang diwujudkan melalui perundangan seperti syarikat, pertubuhan dan jawatan tertentu,’’ katanya. – 27 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related