◉ HEADLINES

Polis tahan 3 individu bantu siasatan kes tikam warga emas 27 kali

Dalam kejadian 6.18 petang itu, mangsa berusia 60-an ditikam bertubi-tubi pada seluruh badan terutama di leher dan dada sebelum meninggal dunia di hospital

1:51 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian lelaki warga emas maut ditikam sebanyak 27 kali di seluruh badan dalam kejadian di kawasan parkir sebuah apartmen di Jalan Perak, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V.Saravanan berkata tiga individu berusia 29 hingga 42 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Jelutong kira-kira 7.30 malam semalam.

“Tiga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu adalah kawan rapat kepada lelaki warga emas yang maut dalam insiden tikaman tersebut.

“Motif siasatan masih dijalankan dan ketiga-tiga individu itu kini direman selama tiga hari sehingga 8 Dis ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini.

Saravanan berkata siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan beliau turut meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu agar menghubungi pihak polis.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, mangsa berusia 60-an yang merupakan peniaga kedai nasi ekonomi ditikam bertubi-tubi pada seluruh badan terutama di leher dan dada sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai dua lelaki yang menaiki motosikal ke tempat kejadian dan polis menolak insiden itu sebagai samun kerana barangan berharga termasuk duit masih bersama mangsa. – 6 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Budget 2026: RM42.9bil allocated to Mindef, Home Ministry to enhance national security

Key budget 2026 allocations target defence upgrades, police resources, and border security

◉ Related