◉ HEADLINES

Pegawai Kanan DBKL mengaku tidak bersalah terima wang RM50,000

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, dekat sini, pada 10 Januari lalu

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang tunai RM50,000 daripada seorang individu berkaitan kerja rasminya di agensi kerajaan tempatan itu, pada Januari lepas.

Tertuduh, Mohamad Hamim @ Mohamed Kamarudin, 54, yang ketika itu menjawat jawatan Pengarah Eksekutif (Pengurusan) di DBKL didakwa menerima untuk dirinya suatu barang berharga dengan tanpa balasan iaitu wang tunai berjumlah RM50,000 daripada seorang individu yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerja rasminya di DBKL.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, dekat sini, pada 10 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan  mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Yasri Yahya menawarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM sebulan sekali sehingga kes selesai.

Peguam Mohd Alif Anuar yang mewakili tertuduh  bersama peguam Zeffree Zainudin memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga serta seorang anak kurang upaya.

Hakim Azura Alwi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur sebulan sekali sehingga kes selesai.

“Mahkamah tidak menahan pasport tertuduh tetapi dia perlu membuat laporan secara bertulis kepada mahkamah setiap kali ke luar negara,” katanya.

Mahkamah menetapkan 12 Januari ini untuk sebutan semula kes. – 7 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related