HEADLINES

Gelagat Trump menari ikut paluan kompang curi tumpuan

Trump turut memegang bendera AS dan Jalur Gemilang sebelum bersama-sama Anwar menaiki kenderaan rasmi Presiden AS 'The Beast' ke lokasi persidangan

11:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gelagat bersahaja Presiden Donald Trump cuba menari mengikut rentak kompang, alat muzik tradisional negara bersama penari-penari berpakaian tradisional berwarna-warni ketika tiba di Malaysia sebentar tadi mencuri perhatian ramai.

Sebelum itu beliau turut melambai tangan dari pesawat Air Force One sebaik mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena lawatan sulungnya ke Malaysia, kemudian disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua rakan sejawat itu berbual mesra sambil berjalan melepasi barisan kawalan kehormat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebelum diperkenalkan kepada beberapa ahli Kabinet Malaysia.

Sebaik melintasi kumpulan penari tarian tradisional sebagai tanda alu-aluan ketibaannya, Trump secara spontan menyertai mereka menari, menyebabkan hadirin mula bersorak gembira.

Lebih mencuit hati lagi, Perdana Menteri turut serta bertepuk tangan bersama-sama bergoyang mengikut alunan kompang.

Trump kemudian mengangkat bendera AS di satu tangan serta Jalur Gemilang di tangan yang lain dan mengibarkannya sebagai simbol persahabatan dua negara.

Sejuru selepas itu, Trump dan Anwar menaiki The Beast, kereta rasmi tersohor Presiden AS, diiringi alunan muzik bagpipe menuju lokasi persidangan.

Presiden AS itu tiba di Malaysia untuk lawatan atas undangan Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Lawatan pemimpin itu dari 26 hingga 27 Oktober serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-20.

Lawatan dibuat atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Trump dijadual mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri, hari ini. Ini lawatan pertama beliau ke Asia Tenggara sejak kembali memegang jawatan Presiden ke-47 AS pada Januari. – 26 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related