HEADLINES

Pendekatan PAS sebagai parti politik, dakwah sudah bertukar, suka menghukum, beri gelaran buruk

Sikap suka menghukum semata-mata itu turut meliputi penulisan Hadi menerusi Minda Presiden PAS

1:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS seolah-olah sudah menukar pendekatannya sebagai parti politik dan dakwah kepada suka menghukum semata-mata.

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat berkata, sikap itu turut meliputi penulisan Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi Minda Presiden PAS bertajuk, ‘Cara golongan Munafiq menentang Islam diikuti Israel dan Pakatan Harapan’ yang disiarkan pada 6 Disember 2023.

Katanya, coretan di ruangan terbabit yang dimuat naik di Facebook Hadi itu tersasar, malah tajuknya sahaja sudah menghukum Pakatan Harapan (PH) mengikut golongan munafiq.

“Minda Presiden, pertamanya sudah menyamakan sekatan ekonomi golongan munafiq zaman Rasulullah dengan kerajaan Perpaduan yang tidak menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN (Perikatan Nasional).

“Keduanya, Minda Presiden menyamakan PKR yang menang PRU (Pilihan Raya Umum) dengan kerusi kecil tetapi berjaya membentuk kerajaan sama seperti PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) yang menang bilangan kerusi kecil, berbanding Hamas, tetapi menjadi pemerintah atas telunjuk Israel,” katanya menerusi Facebook.

Pada masa sama, beliau berkata, PAS harus memahami bahawa pendekatan Madani yang dijadikan Kerajaan Perpaduan sebagai gagasan negara, adalah bagi melahirkan Malaysia yang maju dari segi pemikiran, kerohanian, akhlak dan ihsan.

Justeru, katanya, pendekatan diterapkan dalam pentadbiran diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, bertentangan dengan sifat munafiq, Israel, pelampau Melayu dan ekstrimis agama.

Malah, Suhaizan mempersoalkan situasi semasa pemerintahan Keluarga Malaysia ditadbir Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyaksikan Ahli Parlimen pembangkang juga tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan, sama seperti dipratikkan ketika ini.

“Atas rundingan kerajaan dan pembangkang yang membawa kepada perjanjian persefahaman (MoU) antara mereka, Ahli Parlimen pembangkang disalurkan peruntukan.

“Persoalannya, apakah semasa kerajaan PM Ke-9 pada 2021, beliau (Ismail Sabri) adalah munafiq kerana tidak memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang?

“Jika benar beliau munafiq mengikut hukum dinyatakan Presiden PAS, apakah PAS yang duduk dalam kerajaan pada waktu itu bersekongkol dengan munafiq?” soalnya.

Suhaizan berkata, Anwar sudah banyak kali menjelaskan perundingan perlu diadakan untuk membolehkan peruntukan disalurkan kepada pembangkang.

Bagaimanapun, katanya, walaupun tanpa perundingan, Kerajaan Perpaduan tetap menyalurkan peruntukan kepada setiap Parlimen, termasuk Parlimen pembangkang melalui saluran pejabat daerah masing-masing.

Maka, ujarnya, tidak benarlah kenyataan bahawa Kerajaan Perpaduan itu zalim, munafiq dan fasiq kerana menghalang peruntukan kepada rakyat.

“Pada PRU 2008, PAS mendapat enam kerusi, PKR tujuh kerusi dan DAP 18 kerusi di Perak. PAS mendapat kerusi paling kecil, berbanding PKR dan DAP. PAS tetap mengetuai kerajaan Perak pimpinan Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Apakah penerimaan PAS sebagai ketua kerajaan Perak 2008 dipersetujui Presidennya, boleh disamakan dengan PLO menerima mandat daripada Israel, seperti dinyatakan dalam Minda Presiden?” katanya. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related