HEADLINES

Kes Covid-19 naik mendadak: Masjid, surau diseru titik berat SOP Covid-19

Jemaah dinasihatkan pakai pelitup muka khususnya mereka berisiko tinggi seperti warga emas

1:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seluruh pengurusan surau dan masjid di negara ini diseru agar menitikberatkan semula prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 susulan peningkatan mendadak kes Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, jemaah masjid dan surau dinasihatkan agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan penularan Covid-19 dengan memakai pelitup muka khususnya bagi mereka yang bergejala dan juga berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik dan ibu mengandung.

Menurutnya, untuk itu pihaknya melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam mengambil langkah proaktif bagi menghadapi peningkatan kes wabak tersebut.

“Langkah dalam ruang lingkup agama itu umpamanya bagi memastikan tempat perkumpulan ramai umat Islam seperti di masjid dan surau yang menjadi tempat mudahnya jangkitan wabak dapat diambil tindakan-tindakan pencegahan awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Radzi Abu Hassan memaklumkan, jumlah kes Covid-19 di negara ini meningkatkan daripada 6,796 kes kepada 12,757 kes pada minggu epidemiologi ke-49.

Namun katanya, walaupun terdapat peningkatan mendadak, jumlahnya masih terkawal dan kemudahan penjagaan kesihatan beroperasi dalam kapasitinya.

Susulan itu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming dalam kenyataan bersama menyarankan Kementerian Kesihatan (KKM) mengguna pakai lima langkah strategik untuk mengawal penularan kes Covid-19 termasuk penggunaan semula aplikasi MySejahtera.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, susulan laporan semasa KKM mengenai peningkatan kes Covid-19, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menasihatkan seluruh lapisan masyarakat untuk mengambil langkah berhati-hati dalam menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga masing-masing agar terhindar daripada wabak penyakit tersebut.

“Langkah berwaspada ini adalah selaras dengan saranan Islam agar perkara yang boleh membawa kemudaratan hendaklah dielakkan (sad al-zaraie).

“Umat Islam juga disarankan sentiasa berhati-hati setiap masa dan sentiasa berdoa serta bermunajat agar wabak ini dapat dihindari,” katanya. – 16 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related