◉ HEADLINES

Afdlin Shauki kini Pengerusi baharu FDAM, teruja bawa pembaharuan

Pemilihan Afdlin dibuat pada Mesyuarat Agung Dwitahunan FDAM ke-25 semalam

11:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah filem terkenal, Datuk Afdlin Shauki dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang baharu bagi penggal 2024 hingga 2025.

Pemilihan Afdlin dibuat berdasarkan undian majoriti ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Dwitahunan FDAM ke-25 yang berlangsung di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang, Selangor, semalam.

Mengulas mengenai pemilihannnya itu, Afdlin berkata, tanggungjawab sebagai Pengerusi FDAM adalah tugas berat tetapi beliau teruja membawa pembaharuan dan penjenamaan kepada FDAM.

“Saya teruja bersama dengan rakan-rakan lain untuk mencetuskan pembaharuan ini supaya kami semua dapat kembali berbangga memegang kad keahlian FDAM,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Afdlin menyatakan komitmennya untuk membantu ahli persatuan ke tahap profesionalisme yang lebih tinggi dan menaikkan kembali imej FDAM yang tercalar sebelum ini.

“Masalah FDAM tidak dihormati yang mungkin dilakukan pihak sebelum ini, itu kita letak tepi.

“Tapi kita perlu menjenamakan semula FDAM agar ia dapt menjadi tonggak utama untuk pengarah di Malaysia.

“Kalau nak jadi pengarah mesti kena ada FDAM dan mesti diiktiraf sebagai ahli FDAM,” katanya.

Menurut Afdlin, penyertaan menjadi ahli FDAM juga terbuka pada pempengaruh digital agar mengambil peluang menimba ilmu dan pengalaman bersama FDAM dan ahli seniornya yang berpengalaman.

“Kita mendekati mereka kerana ketika ini dunia ‘content’ (kandungan) ada di tangan mereka sebenarnya.

“Kita jangan sombong dan duduk dalam kepompong kita, sebaliknya mesti membuka tangan kita untuk menerima kehadiran pembikin filem bebas tidak kira usia, bangsa mahupun agama.

“Kita harus sentiasa menyokong mereka agar kita dapat memperkasakan semula filem-filem Malaysia yang menjadi objektif utama,” katanya.

Tambah Afdlin, FDAM perlu sentiasa memikirkan manfaat pengarah yang menjadi ahli.

“Apabila ahli membayar yuran, FDAM mesti memikirkan apakah persatuan ini akan buat untuk mereka?

“Macam mana persatuan ini boleh menjaga ahli? FDAM mesti menjaga pengarah-pengarah kita.

“Kalau ada seseorang pengarah melakukan sesuatu yang baik dan membanggakan, kita sokong ramai-ramai dan kalau ada buat masalah, kita tegur ramai-ramai. Saya rasa kita perlu satu suara,” katanya.

Selain Afdlin, sembilan jawatan lain turut dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi disandang oleh Khir Mohd Noor, Setiausaha (Mohamad Zaini Hassan), Timbalan Setiausaha (Don Hoe), Bendahari (Loganathan Kanabathy) dan Timbalan Bendahari (Terry Chan).

Empat jawatan Ahli Jawatankuasa pula disandang Mohamed Faizal Syed Ariff, Elrafaei Sapi, Faisal Chal Ahmad dan Muhammad Aiman Mohammad Zaki. – 17 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

◉ Related